Salam Lebaran semua! Nadia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana selesai sudah berpuasa dan berhari raya. Raya tahun ini Nadia sambut dengan penuh sederhana. Tapi, penuh dengan keistimewaan berbanding raya-raya sebelum ini.
Untuk pertama kalinya, setelah hampir beberapa tahun tidak pulang beraya ke kampung sebelah ayah, tahun ni Nadia, mak, ayah dan Acu Min beraya di Melaka! Macam tak percaya bila dah jejak kaki ke kampung halaman ayah. Kalau ditanya Nadia, hampir 8 tahun lamanya tidak beraya dengan keluarga di sebelah ayah. Lama kan? Bukan sengaja, kadang-kadang masa memang tak tepat untuk beraya dengan mereka. Dah ada peluang ni, apa salahnya! Mengeratkan silaturahim sesama saudara. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dan kebenaran dari Mr. Teddy, Nadia beraya di sana. Dapat juga bertemu dengan saudara mara, baik yang kenal atau tidak, alhamdulillah semuanya dapat bersua. Bila difikirkan semula, rupanya terlalu lama masanya kami tidak pulang ke Melaka. Atuk-atuk, nenek-nenek, bapa saudara dan ibu saudara... semuanya sudah tua dan bercicit belaka. Adik-adik saudara pun sudah besar, ada juga yang sudah berkahwin dan ada anak. Hehehe.. pelik juga dipanggil Aunty Nadia. Tapi, itulah namanya kehidupan. Ada kitaran. Nadia bersyukur masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka. Alhamdulillah, raya yang amat bermakna walaupun tidak mewah dan meriah.
Dalam pada kita beraya dan bergelak ketawa sesama kita, Nadia terkenang juga kepada sebilangan dari kita yang kehilangan kaum keluarga yang tersayang dalam tiga insiden menyayat hati sepanjang tahun ini. Waris MH370 yang masih belum ditemui, waris MH 17 yang meletup di ruang udara sempadan Ukraine-Rusia dan umat Islam Palestine di Gaza. Nadia turut bersimpati tetapi pada masa yang sama geram juga memikirkan masih ada lagi orang yang berfikiran seperti barbarian di dunia yang serba moden ni! Dahaga kuasa dan darjat. Apalah yang mereka peroleh dari meletupkan dan membunuh jutaan manusia yang tak bersalah. Kalau difikirkan semula, apalah yang mereka tahu tentang peluru, senapang, M16, bazooka dan peperangan? Apa yang mangsa tahu tentang semua tu? Apa yang ada pada apa yang selama ini mereka kejarkan selama ini? Pengiktirafan sebuah negara? Kalau nak pengiktirafan sebuah bangsa, dunia hanya mahu mengiktiraf bangsa yang memberi sumbangan yang baik kepada dunia, bukan menghapuskan manusia macamlah mereka tu Alien dari planet lain. Entahlah! Apa nak jadi dengan mereka semua ni?
Isu Palestine, Gaza dan Israel ni bukan perkara baru. Ianya sudah lama berlaku. Bila semua ini akan berakhir. Nadia sebenarnya tak sanggup lagi tengok berita sekarang. Bukan apa, hati rasa sedih bila tengok manusia berbunuhan sesama sendiri, menunding jari sesama sendiri menuduh orang ini atau orang itu yang bersalah. Sama juga dengan isu MH 17 tu. Pihak ini dan pihak itu menyalahkan sesama sendiri, ada pula pihak lain yang memanaskan punggung pihak yang bergaduh itu. Ada yang bertepuk tangan dan ada yang mengambil kesempatan. Kemanusiaan macam dah luput dalam hati setiap insan yang dilahirkan penuh putih bersih. Namun, inilah yang dinamakan manusia, sering membuat kesalahan, tidak sempurna dan sering mengulangi kesalahan dan tidak mahu mengakuinya.
Kepada waris MH 370 dan MH17, bersabarlah! Allah sentiasa bersama kita dan lambat laun semuanya akan selesai. Nadia respek sesetengah dari waris mangsa yang tabah dan sabar dengan dugaan ini. Biar dunia berkata apa sahaja, kita perlu menguatkan hati kita dan jangan putus-putus berdoa! Itu yang penting. And to all my brothers dan sisters in Gaza, you guys are the bravest human ever been! You stand for what you have. Allah S.W.T will always be with you. You are the true genuine fighter in the world. Allah will bless you...
Wednesday, August 6, 2014
Wednesday, July 9, 2014
Ramadhan Ya...Ramadhan...
Salam Ramadhan blogger semua! Lama betul ya Nadia tak menulis. Bukan merajuk ye.. tapi Nadia betul-betul tak ada masa. Dengan laptop yang buat hal dan macam-macam perkara yang berlaku, Nadia perlukan masa untuk betulkan satu dua perkara sebelum menulis.
Nadia baru tersedar, tahun ini adalah tahun yang paling sukar untuk Nadia. Dugaan yang bertimpa, datang dan pergi. Namun, Nadia kuatkan semangat. Nadia sedar, Allah S.W.T menyayangi hamba-Nya. Dugaan datang dan pergi itu ibarat satu peringatan tanda kasih-Nya supaya Nadia sentiasa sedar siapa Nadia di muka bumi ini. Alhamdulillah, walaupun bukan seperti dulu lagi, Nadia bersyukur kerana rezeki itu masih ada dan semua orang gembira dengan kurniaan-Nya. Nadia rasa lega sangat, lepas satu demi satu masalah mula selesai. Janji, semuanya baik-baik sahaja.
My lovely nephew, Ajigeli ditimpa penyakit kudis buta! Allah! Sedihnya tak tahulah nak cakap macamana. Setiap hari nampak dia menggeselkan tangannya tanda gatal-gatal. Bila dia bangun tidur, dia rasa sakit sangat. Walaupun dia tak boleh cakap, tapi dengan gayanya itu pun dah boleh tangkap yang dia memang sakit. Mommy pun tak bertangguh bawa dia pergi Poliklinik Samudera. Even she's not feeling well too! Nadia pun kurang sihat sebenarnya. Tapi kami semua menguatkan semangat. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih kecuali Nadia yang baru nak tahu nasib esok.. hehe.. I need to seek further treatment tomorrow.
Itu sajalah yang Nadia boleh ceritakan dalam blog kali ni. Salam Ramadhan semua dan tabahlah menempuh segala halangan dan dugaan..

Friday, April 25, 2014
school is a place where we are....
Yup, that's what I wanna talk this night.....
Assalammualaikum readers sekalian! Sambil melayan lagu-lagu jiwang ni and my precious Gwiyomi yang sedang sedap tidur di tepi pintu bilik, Nadia teringatkan apa yang berlaku di sekolah pagi tadi. My..my..! Bila dilihat-lihat balik, budak-budak sekolah sekarang ni jauh lebih extreme berbanding kita dulu-dulu, kan? Nadia sendiri boleh bezakan. Bila kita bekerja dengan pelajar-pelajar ni, kita boleh nampak betapa jauh berbezanya kita dan mereka dahulu. Dari segi high spirit sampailah kepada pergaulan kita dengan kawan-kawan, jauh berbeza!
There's something lack about those student.. they are talented and good.. but....?
Bukanlah nak kata student ni teruk sangat. They strive for their achievement. Tapi, student sekarang ni kekurangan sesuatu di dalam diri mereka which is discipline. Jauh berbeza dengan kita dulu. Bila cikgu tengking, kita membatu di atas kerusi. Budak-budak sekarang, lagi ditegah, lagi mengganas! Kadang-kadang, cikgu pun naik menyampah! Cikgu pun masih manusia. Walaupun ikutkan sebagai seorang cikgu, kita kenalah sabar mengajar budak, tapi kalau dah melampau sangat sampai boleh cakap dengan cikgu, " Ya, saya memang kurang ajar! Cikgu nak buat apa dengan saya?!", tak ada manusia yang hidup di muka bumi ni yang tak marah. Tipulah kalau dia cakap yang dia boleh bersabar. Sebenarnya, tindakan cikgu-cikgu tu pun dah melambangkan sendiri apa yang dia rasa. Kalau lepas student marah macam tu, dia buat tak tahu saja walaupun dia senyum, itu maksudnya dia tak nak ambil tahu lagi tentang student tu. Itu pun dah dikira marah juga.
Ada juga student yang cakap cikgunya poyo sebab beria sangat bila melakukan sesuatu. Tapi, mereka tak tahu. Cikgu tu amat concern sekali dengan keadaan student itu. " Cikgu jangan nak sibuk hal saya! Mak bapak saya pun tak ambil tahu, kenapa cikgu sibuk sangat nak tahu!?"...tak patut sangat tu! Sedangkan cikgu itu menangis di dalam hati kerana takut student itu memusnahkan diri sendiri dan menyesali perbuatannya kelak! Tapi, student masih ingat cikgu tu busybody sangat... Hmm.. apa tu? Sebab tu cikgu sekarang cenderung untuk mendenda pelajar dengan cara yang pelik. Sebab student pun suka buat benda pelik juga! Student gangster, cikgu pun terpaksalah jadi begitu walaupun dia tak suka!
Pernah dengar tak ni...? Kalau kita melawan guru, ilmu yang dituntut tidak berkat?
Betul! Melawan guru ni sama juga macam melawan mak ayah kita. Guru ibarat mak ayah kita di sekolah. Nadia bercakap ni bukan sebarangan. Nadia bercakap dengan pengalaman sendiri. Nadia teringat masa Nadia belajar subjek Business Law. Nadia suka melawan lecturer tu masa kelas tutorial. As a result, I got C- in that subject although I love Law so much. Disebabkan rasa benci pada lecturer tu, Nadia tak boleh absorb langsung ilmu tu sebab duk terbayang-bayang dia marah Nadia. Subjek yang boleh score terus terbenam sem tu. Nasiblah dapat C-.. kalau dia bagi D, nak kena repeat lagi! Sebenarnya, dalam pada dia geram tu.. dia tetap juga bagi Nadia lulus. Hehehe! Agaknya dia tak nak jumpa Nadia lagi kot! Hahaha! Tapi, the point is.. Kalau kita melawan guru, ilmu yang kita dapat tak berkat. Best student sekalipun, kalau tak ada guru, tak adalah title best student tu. Mana boleh tuntut ilmu tak ada guru! Itu namanya ilmu sesat!
So, guru-guru di luar sana, nak buat macamana untuk kemaslahatan perhubungan kita dengan student?
Kita boleh bersabar, tapi sampai bila? Heh! Tapi, kalau kita selam isi hati student kita, mungkin kita tahu sebenarnya mereka tak ada niat pun nak lukakan hati kita. Kita dah berusaha. Masa akan menentukan segalanya. Kepada guru yang denda student dengan denda yang pelik, jangan judge diorang. Entah-entah, masa dia student dulu, cikgu dia ajar macam tu. Jangan fikir macam tu. Dia ada alasan sendiri. Kita hanya mampu berdoa agar satu hari nanti mereka akan sedar dan insaf sendiri...
Akhir kata...
Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh Malaysia. Anda insan terpilih sebenarnya kerana ada sesuatu yang istimewa pada diri anda yang melayakkan anda menjadi orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain. Buat guru-guru saya, Cikgu Azizahtun Jameah (guru kelas darjah 1 Cemerlang), Cikgu Lee ( guru kelas darjah 5 Bijak), cikgu kelas 6 Bijak ( yang Nadia tahu namanya tapi tak sure jadi tak berani nak tulis), guru kelas tingkatan 1A2 & 2AA2 di SMK (P) TLDM, LUMUT (1993-2001), guru kelas 3A5, 4SC4, 5SC3, L6B di SMK METHODIST ACS, SITIAWAN (2002-2005).. andalah insan yang bertuah kerana terpilih mengajar kami. Juga tak lupa untuk sekolah hidup yang mengajar Nadia erti kesengsaraan hidup dari bawah, kilang Y yang tersergam indah, itulah sekolah hidup yang paling berkesan yang mengajar Nadia supaya berpijak di bumi yang nyata. Also for cikgu-cikgu SMK METHODIST AYER TAWAR, anda semua yang terhebat kerana mampu bersabar sebagai pendidik.. also for all my teachers.. Pn Rabita Jali (my English teacher yang tak pernah jemu mendidik Nadia sampai boleh speaking bersepai sekarang), my luvly Pn. Azizahtun Jameah (tamparan cikgu buat saya jadi manusia sekarang), Cikgu Zuraini (yang sentiasa senyum walaupun letih dengan kami), Miss Lee ( saya masih benci math, cikgu.. but I am a good person now!), Cikgu Lutfi ( my first science teacher, i still remember the first experiment.. acid and alkali) My standard 6 Science teacher ( now i know the answer for your lifetime quiz.. why ship still float on the water although it made by iron..)My ustazah Husna (yang ajar Nadia teknik paling best untuk jawab soalan P.I)my dearest Pn. Rosidah (yang masih anggun hingga ke saat ini..) all my SPM'S teacher especially Pn Che Suzanah ( BM dapat A sebab cikgu tak pernah putus asa ajar saya) my History teacher ( cabaran cikgu buat saya berusaha), Mr Choong FK ( the miracle happends when you turn this 0 student into PASS student in Add Math!) And.. all the teachers in this world!!
HAPPY TEACHERS DAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 11, 2014
when it's hard to be.... ME..~~~~
Sebenarnya, banyak kali jugalah Nadia teragak-agak untuk menulis. Bila hati bercampur baur dengan perasaan yang tak menentu tu buat Nadia terfikir sesuatu perkara yang sangat tidak memuaskan hati. But, it is a common thing to be unsatisfied with our life. Sometimes, we think that the grass over the other field is more greener than us.
Ini bukan soal tidak puas hati kerana orang lain lebih dari kita. Cuma tak puas hati kenapa orang suka tak puas dengan apa yang kita ada. Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian oleh Allah. Kadang-kadang, kenapa kita sebagai manusia mesti nak mempertikaikan keadaan orang lain. Bukan salah dia kalau dia dilahirkan dengan badan yang cantik, otak yang cerdik dan personaliti yang menarik. Kenapa kita tidak kenal dulu hatinya sebelum buat apa-apa spekulasi. Sebagai contoh, kita selalu melabelkan perempuan yang seksi tu sebagai seseorang yang tidak bermoral. Tapi, cuba kita kenal dulu hatinya. Kenal dulu dirinya daripada kita terus memandangnya dengan pandangan kita yang sebenarnya tidak bermoral tu. Bukan semua perempuan seksi tu tak bermoral. Adakalanya, antara mereka memang dilahirkan dengan badan yang cantik, kalau dia pakai apapun tetap nampak seksi. Dia tidak boleh mengubah hakikat itu. Dan, kita masih terus menerus memandang dia dengan pandangan yang serong tanpa mengenal hatinya yang sebenarnya tidak rela dilabel sebagai perempuan seksi.
Sama juga macam perempuan berbadan besar. Kita memandang dia dengan pandangan yang menjijikkan. Bila dia serba kekurangan, sudah lama berkahwin tapi tak punya anak, kita salahkan faktor badannya yang besar itu sebagai punca. Bila dah mula begitu, kita akan salahkan dia sebab tak jaga badan. Sebab tu, gemuk! Salah! Anak adalah anugerah dari Allah S.W.T. Kita ni siapa yang nak persoalkan semua tu?! Ini semua kerja Allah S.W.T. Dan, kita masih tetap menempah dosa sebab mengumpat tentang dia. Padahal kalau kita ambil berat dan tanya adakah dia ada masalah, kita akan tahu isi hatinya. Mungkin ada sebab kenapa dia jadi begitu. Kita boleh mendoakan kesejahteraan dia, semoga dapat anak, hidup aman damai. Tapi, kita masih memandang dia dengan pandangan yang sinis.
Setiap yang berlaku ada alasannya. Setiap apa yang diciptakan Allah S.W.T itu adalah atas keredhaan-Nya. Kita ni manusia, selalu khilaf dalam membuat urusan harian. Jadi, kita yang memandang ni hanya perlu berdoa agar kekhilafan tu tak berlaku lagi. Bukan terus memandang dengan sentimen yang bukan-bukan. Entahlah! Kadang-kadang, Nadia rasa sebagai manusia ni kita lebih suka berfikir buruk tentang diri orang lain, tak pernah bersangka baik. Sebenarnya, Nadia pun ada kalanya begitu juga. Namun, Nadia sedar. Mengata orang lain bukan ada manfaat pada kita pun! Bukannya kita dapat keuntungan apa-apa. Orang yang kena kata tu masih tetap dengan dirinya. Kalau kaya, kayalah dia. Kita yang mengata dia ni bukan dapat pun rasa kekayaan dia tu. Buat tambah dosa sendiri.
#sekadarperingatan..

Monday, March 31, 2014
Jiwang sikit....~~~~
Assalammualaikum! Hehehe.. Mood Nadia macam nak berjiwang-jiwang karat sikit tengahari buta ni. Mana taknya, sedap melayan lagu-lagu cinta. Hakhak! Nadia taklah kata yang Nadia suka lagu jiwang. Nadia suka lagu-lagu yang menyentuh sanubari kalau lirik dan lagunya masuk ke halwa telinga dengan lembut dan tidak merimaskan. Sebenarnya, Nadia dengar lagu ikut mood. Taklah ikut peredaran semasa sangat. Macam contohnya, ikut trend sekarang banyak sangat yang dengar lagu-lagu ost drama melayu di televisyen. Nadia hanya akan dengar kalau Nadia rasa curious dengan lagu tu. Bila Nadia dah addicted, boleh makan berbulan-bulan juga berulang dengar lagu yang sama.
Nadia teringat masa Nadia sekolah dulu. Lagu Melly Goeslow adalah lagu tema hidup Nadia. Hahaha! Boleh pula ada lagu tema. Tapi, lirik lagu-lagu beliau sangatlah meruntun hati dan bermakna setiap bait-bait yang puitis. Shiela On 7 band kegemaran kakak Nadia sebab lirik lagunya banyak berkisar tentang persahabatan. Backstreet Boys, N Sync, Westlife dan KRU pula adalah band boy yang kami suka dengar. Bukanlah tak suka dengar lagu Melayu, tapi masa tu kami nak mantapkan English kami, jadi selalulah dengar Backstreet Boys tu. Tahu tak, antara sebab macamana Nadia boleh fasih bertutur dan membaca dalam English adalah dengan mendengar dan menyanyi lirik-lirik lagu Backstreet Boys! Sambil menyanyi, sambil ada dictionary dekat sebelah. Sebab, Nadia tak suka menyanyi tanpa tahu makna sebenar lagu tu. Bila dah faham, barulah boleh menyanyi dengan penghayatan. Bukan nyanyi kosong aje!
Dah habis zaman band boy, hip hop pula masuk carta. Kakak Nadia start dengar lagu yang lebih keras. Masa tu gila sangat dengan Eminem, Linkin Park dengan Too Phat. Nadia yang gegirl ni sukalah dengar lagu R&B. Jenniffer Lopez, Aliyah, Dayang Nurfaizah. Tapi, kami berdua ni tak boleh nak terlepas dengan aktiviti menari masih suka lagu tradisional dari Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Tapi, paling tak boleh lupa bila muncul pula Ruffedge dan V.E.! Habis lirik lagu tu lunyai dek menyanyi setiap hari. Kakak yang lebih suka lelaki yang kasar prefer Ruffedge dari Nadia yang masih suka R&B Soul. So, Nadia layanlah lagu V.E tu tiap-tiap hari. Jumpa pula Maroon 5 bila tengok Billboard Top Chart. Menggila lagi! Hahaha! Cuma, kami berkongsi minat suka pada Jennifer Lopez aje! Yang lain-lain, ikut selera sendiri.
Masuk umur 20s.. minat gila menari. Apa lagi, layanlah lagu Pussycat Dolls! Yang peliknya, boleh tiru tarian diorang, yang kalau Nadia fikirkan sekarang ni payahnya nak buat! Macamanalah boleh meliak lentuk badan macam diorang tu? Hahaha! Nadia menggila dengan Anuar Zain pula. Lagu pun more melodrama. Start suka lagu Korea bila tengok Super Junior di SBS Gayo Daejun 2009. Masa tu dah kenal G-Dragon dan Taeyang, tapi belum tahu lagi diorang tu Big Bang. Bila dengar lagu Tonight dan Beautiful Hangover barulah kenal diorang siapa! Daebak! Adam Lambert juga antara artis yang pernah singgah di hati Nadia. Lagu-lagu dia sesuai dengan mood Nadia.
Sekarang ni, Nadia banyak juga dengar lagu-lagu macam tu tapi dah slow sikit. Umur pun dah tua. Yang masih masuk dengan Nadia sekarang ialah Big Bang, 2NE1, Adam Lambert, Hafiz.. and several mngikut selera Nadia. Hehehe!!!

Tuesday, March 25, 2014
..dan akhirnya...
Akhirnya, setelah hampir 18 hari, segala persoalan sudah terungkai. MH370 milik Malaysia Airlines telah menamatkan perjalanan penuh tragedi di perairan Lautan Hindi. Di tengah luasnya lautan itu, MH370 tewas dan bersemadi di dalam lautan bersama 239 penumpang. Apabila berita ini diumumkan, seluruh dunia tergamam. Bagi ahli keluarga penumpang, bagaikan langit menghempap kepala. Penantian yang penuh penyeksaan selama 18 hari itu berakhir dengan kedukaan yang teramat pedih untuk dibayangkan. Jika kita, yang tiada kena mengena dengan mereka, sekadar mengikuti perkembangan terbaru di kaca televisyen merasa sedih yang teramat, apatah lagi mereka yang kehilangan seseorang yang penting dalam hidup mereka. Nadia tumpang berduka cita dengan apa yang berlaku.
Namun, kita kena redha. Ini semua adalah ketentuan Illahi. Mungkin ada yang beranggapan, "cakap senanglah, bukan kau yang kena!". Bagi Nadia, ini semua sudah tertulis. Mati itu pasti, cuma kita tidak pasti bila. Itu semua kerja Yang Maha Esa. Dia yang berkuasa atas segala-galanya. Apa sahaja yang berlaku, kita kena terima qada' dan qadar-Nya. Sedih memanglah sedih, namun kita kena teruskan hidup. Meratapi hingga menderita, itu bukan apa yang pergi itu mahukan. Nadia yakin, mereka semua mengharapkan kita meneruskan hidup dan sentiasa berdoa untuk mereka. Terimalah dengan hati yang tabah, kuatkan semangat dan berdoalah pada Yang Satu.
Bulan Mac 2014 ni sangat berlainan dengan dengan tahun-tahun yang lepas untuk Nadia. Tahun ni, bulan Mac adalah bulan yang penuh dukacita untuk Nadia. Selain dari tragedi MH370 ni, Nadia sebenarnya turut kehilangan datuk kesayangan Nadia, Mohd Idris ketika semua orang sedang mencari konklusi dan persoalan tentang MH370. Arwah meninggalkan kami semua akibat sakit tua. Sebagai cucu yang agak rapat dengan arwah, Nadia memang terkesan dengan pemergiaannya. Dia seorang datuk yang sangat baik dan suka memanjakan cucunya. Belum pernah lagi perbuatan dan perkataannya menyakitkan hati Nadia. Banyak kenangan manis yang tinggal untuk kami. Kata-katanya, senyumannya, perbuatannya, semuanya.
Nadia tahu, antara cucu-cucu arwah, yang paling terkesan sekali ialah kakak Nadia dan sepupu perempuan kami. Arwah banyak bersama mak Nadia ketika mereka menetap di Singapura dulu. Mak sering berulang alik ke Johor Baharu dari Singapura. Nadia nampak kesedihan kakak walaupun dia selalu melindungi air matanya. Nadia pun hampir menitiskan air mata bila melihat satu-satunya sepupu perempuan kami menangis tersedu-sedu ketika arwah dikafankan dan terbaring di tengah rumah untuk disembahyangkan. Namun, Nadia redha dengan pemergian arwah. Arwah sudah banyak menderita menahan kesakitan yang dia tidak pernah ceritakan kepada kami. Tapi, Nadia tahu dia cuba menguatkan dirinya. Arwah pernah kemalangan dan jari kakinya dipotong. Kakinya diimplan dengan besi menyebabkan dia jadi kurang sempurna berbanding dirinya yang lalu. Mungkin orang lain tidak tahu, tapi Nadia yakin datuk menyelindungi kesakitannya dari pengetahuan orang lain.
Bila dia sakit bulan lepas, Nadia sempat jumpa dia. Dia pegang tangan Nadia, dia genggam tangan Nadia, dia tak nak Nadia pergi dari pandangan matanya. Nadia faham apa yang dia rasa. Nadia cuba untuk tidak menunjukkan kesedihan Nadia. Nadia pura-pura kuat untuk menceriakan dirinya. Nadia nampak bening air mata bergenang dari matanya yang tua tu. Nadia cuma pesan pada dia, kalau dia tak larat, berehatlah. Sudah tiba masanya dia berehat. Nadia tahu, dia pergi dengan hati yang lapang sebab dia tak nak menyusahkan sesiapapun. Dia menangis bila Nadia cakap macam tu. Dan.. Nadia masih tersenyum supaya dia tidak susah hati bila dia lihat kita bersedih.
Sewaktu hari pengebumian datuk, Nadia memang tidak menangis walaupun sedih. Nadia dapat menerima pemergiannya. Dia pasti tak nak kita terlalu sedih bila dia pergi. Nadia terima dengan penuh redha. Sudah sampai masanya dia berehat di samping Illahi. Nadia sentiasa berdoa agar dia tenang di sana. Walaupun Nadia tak cium dahinya buat kali terakhir, namun Nadia nak datuk tahu yang Nadia selalu menyayanginya.. sampai bila-bila..
AL-FATIHAH....

Monday, March 10, 2014
Utuskan doa, jangan cetuskan kontroversi lagi...
Salam Isnin! Apa agaknya yang anda semua fikirkan sekarang? Yang pasti topik paling hangat minggu ini adalah tentang misteri lenyapnya pesawat Boeing 777-200 MH 370 milik Malaysia Airlines (MAS). Nadia agak terkejut juga mendengar berita itu pertama kali di laman sosial pada hari Sabtu. Nadia mula-mula tak ambil tahu sangat tentang hal tu sebab sibuk pada hari berkenaan, tapi bila balik dari sekolah, buka aje TV semua channel siarkan berita kehilangan pesawat tu. Wah, ini memang kes serius! Nadia pun tekun aje tengok dari satu channel ke satu channel.. Astro Awani sampailah ke TV1. Sampaikan nak tengok cerita lain pun macam dah tak ada hati. Kejap-kejap tukar channel.
Pesawat paling canggih sistemnya dan sudah lama beroperasi bersama MAS itu dikhabarkan hilang 40 minit selepas bertolak dari KLIA. Penumpang dan anak kapal seramai 239 orang itu turut sama lenyap tanpa khabar berita. Macam-macam spekulasi yang tiba. Paling tak boleh terima apabila orang kaitkan hal ni dengan hal politik. Nadia cuma dengar saja spekulasi tu. Pada hemat Nadia, selagi belum ada kenyataan rasmi dari kerajaan, selagi itu rumors just a rumors. Nadia pun ada buat teori sendiri juga. Mungkin kapal terbang itu sudahpun terhempas atau dicuri oleh orang-orang yang sememangnya pakar dalam hal-hal macam tu (senang cakap, terorist la!) But, for what reason?
Nadia tak hiraukan sangat teori-teori tanpa bukti tu. Cuma apa yang menangkap minda Nadia adalah betapa sedihnya ahli keluarga dan sahabat handai taulan mangsa-mangsa berkenaan. Bayangkan, ada yang baru beberapa hari sudah bergurau senda, kini hilang tanpa berita. Kalau meninggal dunia sekalipun, nak juga tengok kuburnya, mayatnya. Paling tidak pun, serpihan kapalnya. Tapi, ni hilang macam habuk aje! Bayangkanlah! Itu belum lagi cerita tentang ada bayi dalam kapal tu. Sedihnya mengenangkan nasib si kecil yang satu apa pun tak tahu, tahu-tahu saja dah terlibat dalam tragedi ni. Everybody's inside the plane may be somebody's wife, somebody's husband, somebody's friends, somebody's parents, somebody's child, somebody's colleagues, somebody's gf/bf/fiancee and somebody's bosses/workers.
Cuma yang tak sedapnya, apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan kebolehan Malaysia menangani masalah macam ni. Bukan Nadia nak pro sesiapa, tapi kita kena faham. Semua pihak bertungkus lumus selesaikan masalah ni. Mungkin kita cuai, tapi sebagai manusia kita memang dilahirkan dengan sifat itu! Kecuaian orang lain membawa masalah kepada orang lain, memang betul. Tapi, kalau dah itu qada dan qadar-Nya, apa kuasa kita untuk menghalang? Kalau nak perbetulkan, bolehlah. Tebus kesalahan. Orang tu tahu ke semua benda ni nak berlaku? Kalau kita berjaga-jaga sekalipun, bila Allah S.W.T dah berfirman, " Kun Fa Ya Kun".. jadilah, maka jadilah ia. Apa yang kita boleh buat sekarang ni adalah, bersabar.. bertenang.. bertawakal.. dan berdoa. Setiap insan di muka bumi ini sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T, jangan risau.
Kesian juga tengok PC dari KLIA. Pihak MAS dan pihak DCA nampak macam letih jawab soalan dari press. Kadang-kadang, geram juga bila pihak press tanyakan soalan yang sebenarnya kalau tak tanya pun tak apa. Betul kata pihak DCA, matlamat sebenar kita adalah untuk mencari B777-200 tu, bukannya nak selesaikan spekulasi tanpa bukti tu. Pihak military pun sebenarnya boleh give up kalau kita duk tanya soalan tanpa bukti sahih tu. Sebab mereka dah usaha sedaya upaya mereka dengan bantuan dari pihak luar. Bila diasak dengan pertanyaan yang begitu, mereka mesti penat nak jawab sebabnya matlamat mereka cuma nak cari B777-200 tu aje. Bila dah jumpa, barulah boleh nak siasat benda lain. Hai, entahlah! Tapi, nak salahkan press pun tak boleh, dah memang kerja mereka nak sampaikan maklumat yang orang ramai nak dengar.
Nadia cuma berharap, doa kita semua tidak terputus. Walau di mana pun B777-200 tu berada dan apa pun yang dah berlaku ke atas mangsa, kita doakan semuanya selamat dan berakhir. Walaupun pahit, namun kita harus menerima qada dan qadar Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui Akan Sesuatu. Kalau B777-200 tu dilarikan oleh pihak tertentu, Nadia memohon.. pulangkanlah semula pesawat itu, kalau tak nak pulangkan pesawat, kembalikanlah anak-anak kapal 239 orang tu ke pangkuan keluarga masing-masing. Ingat, Allah S.W.T itu Maha Adil dan Maha Berkuasa... Jagalah!!

Tuesday, March 4, 2014
Bila usaha satu tangga kejayaan dan membuahkan hasil!
Salam!!! Minggu demi minggu nak menulis di dalam blog tapi tak berkesempatan. Dah bersawang blog Nadia ni! Sebenarnya baru balik dari Festival Nasyid Sekolah Menengah Zon 2. MESAT ada hantar wakil. Pertama kali dalam sejarah! Dalam masa seminggu berlatih, gubah lagu sendiri, teguran demi teguran dari guru pengelola, Ustazah Rahana dan latihan demi latihan, akhirnya kami berjaya juga membuktikan kami mampu melakukan meskipun semuanya serba sederhana.
Dari pengurusan sampailah ke props, tak pernah tak bermasalah. Bila kumpulkan budak-budak lelaki ni, rasa habis tenaga semuanya. Dengan bergaduh, bermasam muka, merajuk dan macam-macam kerenah masing-masing, semuanya kena ditangani dengan segera. Nasib baiklah Nadia dan Ustazah Rahana kuatkan semangat kami. Kami tak pernah putus asa dalam mencari idea menangani masalah budak-budak ni. Dari lagu ciptaan sendiri sampailah ke hari pertandingan, semuanya kami lakukan dengan sabar.
Bila Nadia tanya diorang, harapan diorang bila masuk pertandingan ni. Diorang nak menang, dapat tempat ke 3 jadilah. Nadia senyum saja. Nadia just harap mereka enjoy dan lakukan yang terbaik. Tapi, alhamdulillah.. kami berjaya capai apa yang diimpikan. Walaupun tempat ke 3, kami sambut keputusan tu macam satu kemenangan besar. Siap bergambar! Yelah, siapalah kami kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain. Tak pernah bertanding dan serba sederhana semuanya. Tapi, kami jujur dalam persembahan kami dan semangat tidak putus asa tebal menyeliputi diri kami. Kalau orang tak tahu di sebalik tabir semua ni, mesti mereka ingat kami beria-ia. Tapi, kami sahaja yang tahu keperitan membina sebuah kumpulan tanpa pengalaman.
Buat anak-anak didik Nasyid MESAT, Arif, Fadli, Khairi, Amizul, Nashrul, Naim, Haikal, Akmal dan Mirza, tahniah akak ucapkan. Walaupun korang banyak juga timbulkan masalah, tapi kita gembira menyanyi bersama-sama. Semoga kegembiraan kali ni membuahkan kejayaan yang lebih baik. Insyaallah!!!
MESAT BOLEH!!!

Tuesday, February 11, 2014
gaduh tu boleh... tapi...
Assalammualaikum semua! Semalam Nadia cuti sebab keletihan dan perut yang tidak sedap sepanjang hari. So, duduk rumah sambil berehat dan tunggu Mr. Teddy balik. Bila dia balik, dia mengadu matanya sakit macam ada benda melekap pada matanya. Bila Nadia tengok, rupanya mata Mr. Teddy macam ada selaput yang tumbuh dan mengganggu keselesaan matanya. Nak marah jugalah bila Mr. Teddy tak nak pergi hospital! Terpaksa juga tinggikan suara walaupun tahu berdosa. Tapi, itu semua demi kebaikan dia. Nadia kesian juga tengok Mr. Teddy merengek-rengek bila sakit dan merengek bila nak dibawa ke hospital. Teringat pula kejadian masa dia dibedah apendiks tahun lepas. Agaknya Mr. Teddy trauma lagi kot! Hehehe.. Dah besar panjang ni pun takut dengan doktor! Tapi, kalau dah sakit menggila, siapa yang tak takut?
Kejadian Mr. Teddy dibedah tu buat Nadia insaf sekejap. Jaga Mr. Teddy tu macam jaga budak kecik. Merengek 24 jam. Tapi, kalau Nadia pun, mana tahan sakit macam tu! Mau jugaklah kena flying kick doktor dengan nurses yang jaga tu! Hahaha! Tapi, sepanjang masa di hospital tu kena kuatkan semangat dan kesabaran sangat tinggi. Kami jarang bergaduh tapi bila Mr. Teddy sakit, anginnya asyik menggila aje. Kadang-kadang kami bergaduh juga. Tapi, tak guna jerit sesama sendiri. Orang dah sakit, kita yang jaga pun sebenarnya tak larat nak marah. Kena sabar ajelah! Rasa-rasa nak naik angin, ingatkan balik waktu Mr. Teddy jaga Nadia masa sakit dulu. Berulang ke Hospital Ipoh sebab rawatan. Tapi, dia tak merungut pun! Jauh sekali marahkan Nadia.
Bergaduh dalam perkahwinan tu memang perkara biasa. Macam Nadia marah Mr. Teddy, semuanya bersebab. Macam tu juga dia marahkan Nadia. Semuanya ada sebab tersendiri. Gaduh tu boleh, tak ada salahnya. Tapi, biarlah berpada. Janganlah sampai mencederakan sesiapa. Pukul isteri dengan tali pinggang, ketuk kepala isteri, simbah dengan air panas, baling pinggan pada suami. Memang kita tengah marah. Tapi, cuba kita beristighfar sekejap dan lihat siapa yang ada di depan mata kita. Siapa dia? Kenapa kita kahwin dengan dia? Berapa lama dah kita kenal dengan dia? Kalau boleh selesai cara yang elok, selesaikan dengan cara yang elok dan sopan. Kalau dah semua tak berkesan, pergilah kaunseling. Nadia faham, ada antara kita yang teraniaya. Mungkin dia tidak akan pernah berubah. Doa pada Allah adalah jalan yang terbaik. Tapi, kalau dah berterusan, tak salah kalau kita melawan.
Nadia terkejut juga bila ada antara kita yang ambil mudah taklik yang dibacakan ketika akad nikah dahulu. Sebab tu ramai antara kita yang tidak ingat hak-hak kita sebagai seorang isteri. Ada antara kita yang terlupa janji kita sebagai seorang suami. Orang sekarang, lafaz nikah, terus kira sah. Pastu sebut taklik tu macam tak ada perasaan apapun. Sebut sebab tok kadi suruh. Itu adalah tanggungjawab kita. Janji kita dan hak kita. Entahlah! Mungkin masa tu apa yang difikirkan cumalah dah halal. Itu sajakah? Penderaan itu bukan dari segi fizikal aje, emosi pun sama. Belum cerita pasal pukul depan anak-anak. Emosi anak-anak lagi! Kalau masa mula-mula kahwin tu dah start pukul-pukul, mungkin boleh berubah bila dah tua (itu pun berkat doa setiap hari @ Allah turunkan bala). Tapi, bila dah tua pun masih cepat tangan memukul, bila nak berubah? Hai, entahlah!
Nadia bukanlah pakar sangat bahagian kahwin-kahwin ni. Kahwin pun baru setahun jagung. Tapi, Nadia ada tips untuk mereka-mereka di luar sana:-
1. Bila marah, jangan bercakap. Itu lebih baik. Kadang-kala, silent treatment adalah jawapan kepada semuanya. bila dah ok, mood dah elok dan angin pun dah habis, duduk dan berbincang. make sure kedua-duanya sudah reda kemarahannya.
2. Bila kena pukul, sabarkan orang yang memukul tu. Kalau tak boleh, nampaknya kena lawan jugalah. Tapi, lawan tu cara berpada. Kalau dah sampai nak patah riuk, telefon polis cepat-cepat. Jangan terus melawan bila bergaduh. Mencurah minyak ke dalam api boleh memakan diri sendiri.
3. Cepat-cepat pergi dari situ kalau tiba-tiba rasa nak marah. Bila kita dah pergi, kita boleh tenangkan jiwa seketika.
4. Istighfar dan berdoa selalu. Berselawat supaya api kemarahan dan pergaduhan tidak akan tercetus.
5. Kalau dah teruk sangat kesnya, pergi saja ke pejabat agama, buat aduan. Jangan malu atau takut sebab itu hak kita dan kita tak nak masalah akan jadi lebih rumit, terutama bila sudah membabitkan anak-anak. Kalau ganas sangat, minta mahkamah buat perintah larangan mendekati anak-anak. Kalau kesnya ganas sangatlah, kalau kurang ganas, jangan pandai-pandai nak buat pula. Setakat merajuk balik rumah mak ayah tu, bawalah berbincang sesama anda saja. Malu orang tengok kalau bergaduh sebab perkara kecil.

Thursday, February 6, 2014
pandang ke belakang kembali, siapakah diri kita yang lalu?
Salam and selamat malam.. wah intro macam orang baca berita! Nadia sibuk mengemaskini akaun FB sempena ulangtahun FB yang ke 10. Bila belek-belek balik, banyak juga status yang Nadia tulis ikut suka hati aje! And, tersedar yang Nadia yang dulu agak kasar juga tutur bicaranya. Mungkin kerana suka memberontak dan ikut angin sendiri, ada juga komen yang ditulis mungkin mengecilkan hati orang. Maafkan Nadia! Mungkin waktu itu Nadia terlalu ambil hati sangat. Jadi, emosi dan emosi..
Ada juga satu dua status yang buat Nadia tersenyum. Kisah kawan-kawan sekolah rendah yang kononnya nak buat reunion. Permulaannya cukup ringkas. Hanya dengan sekeping gambar kelas sewaktu tahun terakhir persekolahan. Bermula dengan puji memuji, cari-cari gambar sendiri, cuba cari kawan punya muka, usik mengusik, tanya khabar masing-masing dan mula komen yang kelakar sampaikan Nadia sendiri pun hampir pengsan baca komen-komen tu! Pengsan bukan terkejut, tapi terlalu banyak yang lawak sampai gelak pun keluar air mata. Komen-komen tu buat Nadia berpaling kejap pada Nadia 15 tahun yang lalu, talkative (which is still like that!) tapi sensitive sangat! Ish! Kesian Nadia 15 tahun yang lalu. Kalaulah dia boleh nampak dirinya 15 tahun akan datang, mesti dia akan berusaha dan tidak menghiraukan orang lain!
Baca pula moment yang bittersweet. Tawaran kerja yang tidak pernah berharap, tapi akhirnya dapat dengan izin Allah S.W.T. Masa baca komen tu, Nadia teringat lagi macamana berderai air mata sebab perasaan bercampur baur semuanya. Sayang tinggal kerja lama, sayang kawan-kawan lama, takut tempat kerja baru, susah nak buat urusan, putus asa dalam pencarian dan sempat bergaduh lagi dalam FB! Hahaha!! Cerita lama. Ada juga baca quote tentang relationship. Eh, terfikir pula Nadia, macamana boleh terror pula bagi nasihat waktu itu sedangkan masa tu Nadia ada masalah dengan relationship sendiri? But, still dengan penuh barannya menulis. Aduh, Nadia 5 tahun yang lepas! Kalaulah anda rasional dan kurang baran.. mungkin anda dapat apa yang anda cita-citakan.
Moment yang bahagia dan perubahan yang berlaku pada Nadia. Moment masa wedding dengan Mr. Beruang. Itulah titik mula perubahan besar pada Nadia. Pandangan sekeliling pun dah berubah. Perspektif pun dah lain. Alahai, Nadia yang sekarang! Sekurang-kurangnya kau toleh juga ke belakang untuk lihat siapa diri kau dan perubahan kau dengan izin Allah S.W.T. Jangan lupa dan iktibar dari apa yang berlaku.
Syukur Alhamdulillah! Itu sahaja yang mampu Nadia lafazkan. Sebenarnya, sesekali kita perlu pandang ke belakang untuk lihat siapa diri kita yang lalu supaya apa saja tindakan kita, kita boleh ambil iktibar. Kita yang dulu, mungkin bukan kita yang sekarang. Apa saja yang buruk jadikan tauladan dan yang baik kita amalkan sampai bila-bila...

Monday, January 13, 2014
rindu bila tiada, lupa bila ada...
hm.. kalau tengokkan pada tajuk tu pun dah boleh agak kan apa dia? itulah sifat kita sebagai manusia. bila ada, kita buat tak tau aje. bila tak ada baru kita cari. nadia selalu alami masalah ni. bila ada kita selalunya tak hargai sangat. bila dah tak ada baru kita sedar yang kita sangat perlukannya. it's consist. everything! from things to a person. seriously, most of us selalu buat macam ni, secara sedar atau tidak.
kadang-kadang kita ni ambil mudah sebab perkara itu mudah untuk kita dapat. contohnya, beg. nadia ambil contoh yang simple. bila kita beli beg, murah aje tapi multifunction. boleh sumbat semua dalam tu. kita usung ke hulu hilir beg tu. macam nyawalah konon. lama2 beg tu pun dah koyak. kita pun dah meluat bila tengok beg tu. kita beli beg yang mahal. buang beg lama tadi, padahal boleh aje jahit balik. tapi beg mahal tu banyak pula cekadaknya! kita rindu beg lama kita tu. mulalah kita tercari-cari. mana nak jumpa lagi, dah buang tadi, betul tak?
ada juga yang susah nak dapat, tapi masih lagi nak tamak. ni tak ada contoh lainlah. contohnya, kita kahwin dengan kekasih kita yang dah lebih tujuh tahun kita kenal. nak kahwin pun punyalah payah! tapi, senang-senang aje nak minta cerai bila dah tak tahan dengan perangai dia! oh, masa kau kawan dengan dia bertahun-tahun tu kau tak sedar pula yang dia ada perangai yang kau menyampah tu?! sekarang bila anak dah berderet baru kau nak cari alasan? ish...
mak dan ayah selalu kena. kenapa tau tak? bila mereka hidup, kita buat tak tahu aje. masa bujang, mak ayah tegur kita balik malam, kita melawan. bila dah penat-penat dia bagi kita kahwin, sebulan sekali nak balik rumah diorang pun payah. apa ke halnya tu? nak call jauh sekali. macamlah duduk dekat amerika! tapi, bila dah tak ada, mulalah terasa. lagi-lagi bila anak kita ikut pula stail yang sama, baru menyesal. rindu mak ayah. sebab dah tak ada sesiapa yang nak jadi tempat mengadu.
pada nadia, setiap apa yang ada pada kita, hargailah ia sepenuh hati. walaupun buruk, walaupun bukan citarasa kita, walaupun kita meluat, terimalah seadanya semua itu. cuba bayangkan orang yang tiada tu? tak ada beg, tak ada pasangan atau tak ada mak ayah? mesti mereka lebih sedih dengan diri mereka yang serba kekurangan itu. hargailah apa yang kita punya. ALHAMDULILLAH, SYUKUR!!!

Saturday, January 11, 2014
never said any promise when you tend to broke it!
salam.. So sorry Nadia dah lama tak menulis di blog. sibuk.. yes. Awal tahun memang sibuk untuk Nadia. Fresh start for a new year. Seperti biasa, berkejaran dengan kelas dan kerja rumah yang rutin. Tapi, Nadia tetap happy dengan semua ni. Ada masa nak berehat dan ada masa nak 'putus nyawa'.
Tahun baru ni, selalunya orang buat azam baru. Nak jadi lebih baik. Kira macam satu target untuk dikejar dan dicapai dalam tempoh 365 hari yang mendatang. Azam ni, pada Nadia kira berupa janji juga. Janji dengan diri sendiri. Itulah azam. Tapi, bukan semua orang boleh berazam. Nadia memang tidak pernah berazam setiap tahun. Cuma berdoa saja yang tahun itu akan jadi tahun yang terbaik. Semuanya gara-gara dulu pernah berazam tapi tak tertunai sampailah dah habis tempoh 365 hari tu.
Bukan Nadia nak mengecilkan azam orang lain. Mesti anda semua fikir, " Eh, budak ni memang tak menghargai langsung semangat orang lain untuk membina tahun yang baik!". Nadia akui, semua orang berusaha menjadi yang terbaik. Tapi, kita ni cenderung untuk lupa. Manusia memang diciptakan dengan kelemahan itu. Mudah lupa pada janji. Some people said, promises is just a promise. Tapi, pada Nadia, promises is meaningful. Bila kita dah berjanji, kita kena tepati. Lainlah kalau kita tak berniat nak janji apa-apa. Macam tu juga dengan azam.
So, sebab itu Nadia tak pernah berazam. Nadia cuma berdoa yang Allah S.W.T boleh membuka pintu hati Nadia untuk jadi insan yang baik, pekerja yang baik, anak yang baik, menantu yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik dan kawan yang baik. Tentang azam tu... lebih baik Nadia tak buat. Nadia tak nak kecewakan diri sendiri. Bila kita tak boleh achive, kita akan kecewa dengan diri kita. Tapi, kepada sesiapa yang dah berazam dan rasa mampu capai azam tu, baguslah. Anda ternyata yakin dengan kebolehan diri sendiri. Tapi, pastikan azam itu tercapai, bukan hangat-hangat tahi ayam aje.
Sebelum Nadia off, Nadia ada senaraikan antara azam yang agak biasa kita dengar:
1. Berhenti Merokok: azam yang memang Nadia selalu dengar. Berhenti merokok memang susah dan ambil masa. Tapi untuk kesihatan, mesti kena berhenti.Azam macam ni janganlah buat pada tahun baru aje1 Buat setiap masa, baru ada semangat!
2. Jadi pekerja cemerlang: wow!! Banyak juga yang harap macam tu. Tapi, kena giatkan usahalah!
3. Dapat straight As': adik-adik, nak dapat result ok, kena ketepikan phone dan tablet dulu, baru boleh!
4. Kuruskan badan: er....er... okay! No comment!! (tertekan!)
5. Kahwin: hahahahaha! Ada tau buat azam macam ni! Baguslah ikut sunnah. Tapi, make sure semuanya ok, even the first wife!(kalau nak tambah 'cawangan'!)
ok.. wrap up! bye! wassalam!

Subscribe to:
Posts (Atom)