Salam and selamat malam.. wah intro macam orang baca berita! Nadia sibuk mengemaskini akaun FB sempena ulangtahun FB yang ke 10. Bila belek-belek balik, banyak juga status yang Nadia tulis ikut suka hati aje! And, tersedar yang Nadia yang dulu agak kasar juga tutur bicaranya. Mungkin kerana suka memberontak dan ikut angin sendiri, ada juga komen yang ditulis mungkin mengecilkan hati orang. Maafkan Nadia! Mungkin waktu itu Nadia terlalu ambil hati sangat. Jadi, emosi dan emosi..
Ada juga satu dua status yang buat Nadia tersenyum. Kisah kawan-kawan sekolah rendah yang kononnya nak buat reunion. Permulaannya cukup ringkas. Hanya dengan sekeping gambar kelas sewaktu tahun terakhir persekolahan. Bermula dengan puji memuji, cari-cari gambar sendiri, cuba cari kawan punya muka, usik mengusik, tanya khabar masing-masing dan mula komen yang kelakar sampaikan Nadia sendiri pun hampir pengsan baca komen-komen tu! Pengsan bukan terkejut, tapi terlalu banyak yang lawak sampai gelak pun keluar air mata. Komen-komen tu buat Nadia berpaling kejap pada Nadia 15 tahun yang lalu, talkative (which is still like that!) tapi sensitive sangat! Ish! Kesian Nadia 15 tahun yang lalu. Kalaulah dia boleh nampak dirinya 15 tahun akan datang, mesti dia akan berusaha dan tidak menghiraukan orang lain!
Baca pula moment yang bittersweet. Tawaran kerja yang tidak pernah berharap, tapi akhirnya dapat dengan izin Allah S.W.T. Masa baca komen tu, Nadia teringat lagi macamana berderai air mata sebab perasaan bercampur baur semuanya. Sayang tinggal kerja lama, sayang kawan-kawan lama, takut tempat kerja baru, susah nak buat urusan, putus asa dalam pencarian dan sempat bergaduh lagi dalam FB! Hahaha!! Cerita lama. Ada juga baca quote tentang relationship. Eh, terfikir pula Nadia, macamana boleh terror pula bagi nasihat waktu itu sedangkan masa tu Nadia ada masalah dengan relationship sendiri? But, still dengan penuh barannya menulis. Aduh, Nadia 5 tahun yang lepas! Kalaulah anda rasional dan kurang baran.. mungkin anda dapat apa yang anda cita-citakan.
Moment yang bahagia dan perubahan yang berlaku pada Nadia. Moment masa wedding dengan Mr. Beruang. Itulah titik mula perubahan besar pada Nadia. Pandangan sekeliling pun dah berubah. Perspektif pun dah lain. Alahai, Nadia yang sekarang! Sekurang-kurangnya kau toleh juga ke belakang untuk lihat siapa diri kau dan perubahan kau dengan izin Allah S.W.T. Jangan lupa dan iktibar dari apa yang berlaku.
Syukur Alhamdulillah! Itu sahaja yang mampu Nadia lafazkan. Sebenarnya, sesekali kita perlu pandang ke belakang untuk lihat siapa diri kita yang lalu supaya apa saja tindakan kita, kita boleh ambil iktibar. Kita yang dulu, mungkin bukan kita yang sekarang. Apa saja yang buruk jadikan tauladan dan yang baik kita amalkan sampai bila-bila...
No comments:
Post a Comment