Salam!!! Minggu demi minggu nak menulis di dalam blog tapi tak berkesempatan. Dah bersawang blog Nadia ni! Sebenarnya baru balik dari Festival Nasyid Sekolah Menengah Zon 2. MESAT ada hantar wakil. Pertama kali dalam sejarah! Dalam masa seminggu berlatih, gubah lagu sendiri, teguran demi teguran dari guru pengelola, Ustazah Rahana dan latihan demi latihan, akhirnya kami berjaya juga membuktikan kami mampu melakukan meskipun semuanya serba sederhana.
Dari pengurusan sampailah ke props, tak pernah tak bermasalah. Bila kumpulkan budak-budak lelaki ni, rasa habis tenaga semuanya. Dengan bergaduh, bermasam muka, merajuk dan macam-macam kerenah masing-masing, semuanya kena ditangani dengan segera. Nasib baiklah Nadia dan Ustazah Rahana kuatkan semangat kami. Kami tak pernah putus asa dalam mencari idea menangani masalah budak-budak ni. Dari lagu ciptaan sendiri sampailah ke hari pertandingan, semuanya kami lakukan dengan sabar.
Bila Nadia tanya diorang, harapan diorang bila masuk pertandingan ni. Diorang nak menang, dapat tempat ke 3 jadilah. Nadia senyum saja. Nadia just harap mereka enjoy dan lakukan yang terbaik. Tapi, alhamdulillah.. kami berjaya capai apa yang diimpikan. Walaupun tempat ke 3, kami sambut keputusan tu macam satu kemenangan besar. Siap bergambar! Yelah, siapalah kami kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain. Tak pernah bertanding dan serba sederhana semuanya. Tapi, kami jujur dalam persembahan kami dan semangat tidak putus asa tebal menyeliputi diri kami. Kalau orang tak tahu di sebalik tabir semua ni, mesti mereka ingat kami beria-ia. Tapi, kami sahaja yang tahu keperitan membina sebuah kumpulan tanpa pengalaman.
Buat anak-anak didik Nasyid MESAT, Arif, Fadli, Khairi, Amizul, Nashrul, Naim, Haikal, Akmal dan Mirza, tahniah akak ucapkan. Walaupun korang banyak juga timbulkan masalah, tapi kita gembira menyanyi bersama-sama. Semoga kegembiraan kali ni membuahkan kejayaan yang lebih baik. Insyaallah!!!
MESAT BOLEH!!!
No comments:
Post a Comment