Wednesday, November 27, 2013

Takziah Keluarga Hero dan Semoga berjaya membawa adikmu pulang..

Tergamam Nadia seketika bila terbaca akhbar Kosmo! hari ni. Berita kematian Hero, si kucing yang berani mati kerana leukemia betul-betul sedih bila dibaca. Nadia selalu juga ikut perkembangan si comel yang tabah ni. Papa Hero tu pernah menulis kolum dalam majalah kegemaran Nadia, Mastika. Kisahnya dan kucing-kucingnya memang menarik. Nadia pun peminat kucing. Tapi masalahnya, kucing tak suka Nadia. Hahaha! Bila dengar Hero mati, teringat pula betapa sedihnya Nadia masa kucing kesayangan kami semua, Si Blackie mati kena langgar kereta. Belum lagi teringat macamana sedihnya ayah kami bila kucing siam liar kesayangannya, Si Siam mati digilis kereta. Sampai tersedu sedan. Itulah gelagat pencinta haiwan. Dah macam keluarga sendiri.

Hah, ni ada lagi satu berita sensasi! Kisah mengenai warganegara Malaysia yang sudah menjadi 'hamba' selama 30 tahun di London! Mak ai! Bukan 30 bulan atau 30 hari. Tapi, 30 tahun! Khabarnya, asal perkara ini berlaku kerana si mangsa mengikut seseorang yang menubuhkan satu pertubuhan berhaluan kiri yang berfahaman Marxist di sana. Dia dan tunangnya pergi ke London ketika dunia sedang tertumpu kepada perihal Perang Vietnam. Setelah hampir bertahun lamanya terlibat dalam ajaran politik berhaluan kiri tu, akhirnya dia menjadi hamba dan dikurung di dalam base camp kumpulan tu.

Banyak versi cerita nilah! Ada juga antara mereka yang mencemuh, 'padan muka! Siapa suruh ikut?'. Tapi, selagi empunya badannya tak buka mulut dan cerita, apapun cerita yang keluar tu semua masih dianggap spekulasi. Nadia tak nafikan, orang mungkin berfikir, kenapa mesti sekarang baru nak lepaskan diri? Kita tak tahu apa masalah dia. Kalau kita di tempat dia sekalipun, kita kena fikir macamana agaknya kesusahan hidup yang dia alami? Jauh dari keluarga, hari demi hari hidup dalam ketakutan. Bayangkan setiap hari nyawa di hujung tanduk?

Nadia ada menonton satu dokumentari di Channel Crime and Investigation Network ( Ch732) bertajuk Escaped Evil: My Life In A Cult. Cerita yang paling terkesan di hati Nadia tentang seorang wanita yang hidup dalam satu kelompok manusia yang mengamalkan satu ajaran di mana lagi ramai isteri, lagi senang masuk syurga. Mereka ni macam memomokkan agama, menyimpangkan agama jauh dari ajaran asal. Bila mereka nampak salah seorang pengikutnya lain macam aje, mereka akan disucikan dalam satu upacara kesucian. Memang nampak merepek dan kejam. Apa yang menyedihkan cerita wanita itu ialah, sejak upacara kesucian pertamanya, dia dicabul oleh ayahnya sendiri dan akhirnya dirogol ketika berusia 14 tahun. Bila dia mengadu kepada isteri-isteri ayahnya, dia akan dipukul dan diseksa. Akhirnya dia melepaskan diri dengan cara berkahwin dengan seorang lelaki dari pengikut itu yang sudah mula tidak percaya dengan ajaran merepek itu dan melarikan diri ketika mereka sedang dikhabarkan berbulan madu atas persetujuan bersama. Lelaki itu pun nak tolong perempuan tu lari.

Apa yang tragiknya tentang kumpulan ajaran sesat tu ialah, suami akan memilih isteri yang akan masuk syurga dengannya. Jadi masing-masing bersaing merebut tempat untuk ke syurga. Maka, mereka tidak percaya satu sama lain dan menganggap semua perempuan di dalam rumah itu adalah musuh mereka, tidak kira samada bayi atau kanak-kanak atau orang dewasa. Boleh pula macam tu yek? Pelik juga kedengarannya. Tapi itulah gayanya kalau sudah disampuk setan! Apa yang benar dan salah dah nampak macam sama aje. Dah macam puak Arab Jahiliah pula. Perempuan dianggap macam hamba dan memalukan bila ada anak perempuan. Ish..ish..

Masih juga ada orang macam ni dekat muka bumi ni? Entahlah. Tapi, pokok pangkal keimanan kita jangan sesekali bergoyah. Ilmu agama yang kita ada jangan dilupakan. Ingat, Allah Tetap Satu. Insyaallah, kita akan terlindung dari bahaya.

No comments:

Post a Comment