Wednesday, November 20, 2013

belum ada rezeki...


Assalammualaikum! Selamat tengahari? Makan apa hari ni? Siapa yang ada suami, masak tak hari ni? Hehehe... Janganlah marah Nadia! Nadia bukan saja yang menyibuk. Nadia pun faham. Kita ni perempuan tak pernah ada masa nak rehat. Pagi dah tentu bekerja, balik rumah masih lagi bekerja. Pendek kata selagi tak tutup mata, kerja..kerja...kerja! Tu belum lagi cerita pasal anak. Baru seorang pun rasa macam dah nak kena buka nursery sendiri.

Bercerita pasal anak ni, firstly Nadia nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan Nadia yang baru aje menimang cahaya mata. Alhamdulillah! Untuk yang pertama kalinya, tahniah kerana anda berjaya! Untuk yang sebelum ni dah ada anak, tahniah kerana masih bersabar. Untuk yang dah lama kahwin tapi tak ada..tup..tup muncul aje, wah!!!! Semua tu rezeki sebenarnya, but Nadia salute mereka kerana masih bersabar walaupun dah berpuluh tahun tak pernah dengar tangisan bayi di dalam rumah. Tak pernah rasa rumah tangga bergoyah walaupun tak ada zuriat.

Hujung bulan ni, genaplah setahun usia perkahwinan Nadia dengan Encik Teddy Bear kesayangan Nadia. Bila difikirkan balik, sekejap aje Nadia rasa. Melayan kerenah Mr. Teddy tu buat Nadia kadang-kadang pening juga, but it's part of marriage life. Kang Mr. Teddy tak ade, sunyi pulak! Bila jenguk kiri kanan, eh...? Kawan-kawan and cuz yang kahwin serentak dengan Nadia hari tu dah mengandung! Ada yang dah bersalin pun! Omo! Saya aje yang masih berdua dengan Mr. Teddy? Macamana ni? Hahahaha! Sebenarnya, Nadia sikit pun tak kisah bila ditanya soalan seperti berikut," Bila nak ada anak?", " Kamu tak mengandung lagi?", " Bilalah nak tengok anak kamu?", " Eh, dia dah mengandung, kamu bila lagi?", " Tak ada isi ke?". Jawapan paling sesuai untuk soalan di atas cuma 1... BELUM ADA REZEKI LAGI...

Sebenarnya, apa yang nak dihairankan bila kita baru aje kahwin? Nadia rasa, kita ni terlalu dimomokkan dengan turutan azali macam ni... kalau dah habis SPM, orang tanya bila nak sambung belajar. Kalau dah habis belajar, bila nak kerja? Kalau dah kerja, orang tanya bila nak ada boyfriend? Kalau dah ada boyfriend, bila nak kahwin? Kalau dah kahwin, bila nak ada anak? Habis tu, bila dah ada anak????? Tak nak tanya pulak lepas tu apa-apa? Hehehe.. Jangan marah bagi yang dah biasa buat macam ni. Kalau mereka tanya Nadia, maybe Nadia cool aje, tapi cer tanya orang yang dah kahwin belas-belas tahun tu soalan macam ni? Agak-agak apa perasaan diorang?

Semua tu rezeki. Tak ada yang mampu merancang. Allah S.W.T juga yang menentukan. Nadia ambil contoh ada seorang kawan mak Nadia, dah 27 tahun kahwin..diulang... 27 TAHUN kahwin tapi tak pernah ada anak. Tup-tup, dah bersalin bulan lepas. Alhamdulillah!!! Siapa sangka, betul tak? Allah S.W.T dah menentukan semuanya. Ada atau tak itu semua urusan Dia. Nadia menulis bukan sebab marah orang tanya macam tu. Taklah! Tapi, kesian dekat mereka-mereka yang gigit jari tu. Nadia kadang-kadang jelous tau tengok diorang pegang bayi. Tapi, Nadia masih solo bersama Mr. Teddy. Ada sekali tu Nadia merungut jugak kat Mr. Teddy. Pastu kena marah, " Dah Allah tak nak bagi, janganlah nak tanya kenapa? Dia aje yang tahu, kita mampu ke tak ada anak lagi. Semua ni kan rezeki,". Nah, kan dah kena khutbah sebiji! Hehehehe...

Sepatah kata Ms. JLo a.ka kakak Nadia, " Daripada ada anak tapi tak mampu nak jaga, lebih baiklah begini. Allah S.W.T tu tak kurniakan aku anak sebab Dia tahu aku tengah susah sekarang. Dia pun tak nak menyeksa umat-NYA,". Kadang-kadang bila difikirkan kebenarannya ada di situ. Setiap anak ada rezekinya. Setiap manusia ada takdirnya. Jangan dikesali apapun yang berlaku. Geram juga kadang-kadang ada orang senang-senang aje boleh ada anak walaupun tak kahwin, pastu buang macam tak ada hati perasaan! Kita ni usahakan macam-macam, tapi tak ada rezeki. Sebenarnya, itu bahagian masing-masing di muka bumi ni.

So, kepada kawan-kawan yang belum ada anak tu..sabar ajelah! Rezeki tetap ada. Memang dah ditulis qada' dan qadar masing-masing. Jangan risau sangat, chill ok? Kalau orang banyak sangat bunyinya, suh aje orang tu yang beranak! Hahaha.. Nadia bergurau aje. Jangan marah pula bila ada yang bertanya, suruh orang tu berdoa moga-moga dimakbulkan oleh Allah S.W.T hendaknya. Amin.....
ni gambar Nadia and Mr. Teddy masa wedding kami...

ajigeli hamka with mummy Ms. JLo...

No comments:

Post a Comment