Nadia teringat waktu Nadia kecil dulu. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan agak berdisiplin. Ayah Nadia seorang tentera laut yang selalu berlayar. So, kami jarang jumpa dengan dia. Tapi, kami tetap tahu yang dia suka ambil tahu tentang hal kami. Kerja sekolah, report card dan perangai kami semuanya dia ambil tahu. Pendek kata, walaupun dia ada di Vietnam sekalipun, dia tahu apa yang berlaku di rumah. Waktu dulu, mana ada FB ke, Instagram ke..menatang semua tu tak ada! kami dulu, rumah ada internet pun dah cukup hebatlah! Tapi, still he can spying us from far. Bila exam teruk, sebatlah jawapannya. Ataupun ceramah berserta kata-kata yang menusuk kalbu. Dulu, bila dapat C dalam apa-apa subjek pun..rasa macam nak tercabut lutut bila nak bagi report card pada dia. Dah tau, lepas ni bersesahlah badan kena belasah. Dulu Nadia benci Math sebab ayah suka Math and he's good in that! Bila dia ajar, lebam-lebam badan jadinya!
As for my mum, she's close with us sebab kami banyak habiskan masa dengan dia since my dad is not around sometimes. Mak-mak ni, kalau kita perasan, memang mulutnya suka berleter! My mum is the champion! Bila kena berleter dengan dia, rasa macam kena gusti! Macam masuk gelanggang UFC! Tapi, lagi haru kalau dia dah start drama air mata. Tapi, mak adalah orang yang sangat sporting. And, she's fun too!
Bila dah besar ni, mula terfikir balik apa yang mak ayah berleter dulu. Nasihat yang kita ignore masa kita remaja dulu dah terkena pada kita balik. Bila dah kahwin, dan ada anak..everything just change! Kita mula gunakan otak bila berfikir. Mula faham maksud sebenar kehidupan. Dan kita akan hargainya. Setiap saat yang berlalu. Tapi, ada juga yang masih tak sedar lagi semua ni. Banyak anak-anak muda sekarang buat tak tahu aje dengan mak ayah. Alasannya mengongkong! Mungkin sekarang rasa terpenjara. Tapi, once when we made a mistake, we urge for that detention! Hm.. itulah manusia. Sentiasa lupa. Memang sifat kita. Bila ada tak pernah hargai, bila tak ada mula tercari.
Jangan pernah lupa setiap saat nasihat mak ayah kita. Sebelum terlambat, baik kita kenangkan semula kebenarannya. Ada alasan kenapa mereka menahan kita. Hanya mak ayah sahaja yang kenal anak-anak mereka lebih baik dari orang lain. Orang lain boleh kata apa saja tentang kita, tapi mak ayah tetap akan anggap kita anak mereka sampai bila-bila. Marah memang marah, tapi kita tetap anak mereka. Dan si anak, sebelum menyesal.. dengarlah nasihat orang tua kita. Insyaallah, Allah S.W.T akan sentiasa merahmati kehidupan kita, berkat doa mak ayah dan izin dari-Nya.
p/s: kadang-kadang terkesan juga tengok mak ayah tak dipedulikan anak-anak. Bagi Nadia, what goes around comes around. Bila kita buat begitu, tak mustahil satu hari nanti anak-anak kita pun buat perkara yang sama...
No comments:
Post a Comment