Monday, March 10, 2014

Utuskan doa, jangan cetuskan kontroversi lagi...

Salam Isnin! Apa agaknya yang anda semua fikirkan sekarang? Yang pasti topik paling hangat minggu ini adalah tentang misteri lenyapnya pesawat Boeing 777-200 MH 370 milik Malaysia Airlines (MAS). Nadia agak terkejut juga mendengar berita itu pertama kali di laman sosial pada hari Sabtu. Nadia mula-mula tak ambil tahu sangat tentang hal tu sebab sibuk pada hari berkenaan, tapi bila balik dari sekolah, buka aje TV semua channel siarkan berita kehilangan pesawat tu. Wah, ini memang kes serius! Nadia pun tekun aje tengok dari satu channel ke satu channel.. Astro Awani sampailah ke TV1. Sampaikan nak tengok cerita lain pun macam dah tak ada hati. Kejap-kejap tukar channel.

Pesawat paling canggih sistemnya dan sudah lama beroperasi bersama MAS itu dikhabarkan hilang 40 minit selepas bertolak dari KLIA. Penumpang dan anak kapal seramai 239 orang itu turut sama lenyap tanpa khabar berita. Macam-macam spekulasi yang tiba. Paling tak boleh terima apabila orang kaitkan hal ni dengan hal politik. Nadia cuma dengar saja spekulasi tu. Pada hemat Nadia, selagi belum ada kenyataan rasmi dari kerajaan, selagi itu rumors just a rumors. Nadia pun ada buat teori sendiri juga. Mungkin kapal terbang itu sudahpun terhempas atau dicuri oleh orang-orang yang sememangnya pakar dalam hal-hal macam tu (senang cakap, terorist la!) But, for what reason?

Nadia tak hiraukan sangat teori-teori tanpa bukti tu. Cuma apa yang menangkap minda Nadia adalah betapa sedihnya ahli keluarga dan sahabat handai taulan mangsa-mangsa berkenaan. Bayangkan, ada yang baru beberapa hari sudah bergurau senda, kini hilang tanpa berita. Kalau meninggal dunia sekalipun, nak juga tengok kuburnya, mayatnya. Paling tidak pun, serpihan kapalnya. Tapi, ni hilang macam habuk aje! Bayangkanlah! Itu belum lagi cerita tentang ada bayi dalam kapal tu. Sedihnya mengenangkan nasib si kecil yang satu apa pun tak tahu, tahu-tahu saja dah terlibat dalam tragedi ni. Everybody's inside the plane may be somebody's wife, somebody's husband, somebody's friends, somebody's parents, somebody's child, somebody's colleagues, somebody's gf/bf/fiancee and somebody's bosses/workers.

Cuma yang tak sedapnya, apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan kebolehan Malaysia menangani masalah macam ni. Bukan Nadia nak pro sesiapa, tapi kita kena faham. Semua pihak bertungkus lumus selesaikan masalah ni. Mungkin kita cuai, tapi sebagai manusia kita memang dilahirkan dengan sifat itu! Kecuaian orang lain membawa masalah kepada orang lain, memang betul. Tapi, kalau dah itu qada dan qadar-Nya, apa kuasa kita untuk menghalang? Kalau nak perbetulkan, bolehlah. Tebus kesalahan. Orang tu tahu ke semua benda ni nak berlaku? Kalau kita berjaga-jaga sekalipun, bila Allah S.W.T dah berfirman, " Kun Fa Ya Kun".. jadilah, maka jadilah ia. Apa yang kita boleh buat sekarang ni adalah, bersabar.. bertenang.. bertawakal.. dan berdoa. Setiap insan di muka bumi ini sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T, jangan risau.

Kesian juga tengok PC dari KLIA. Pihak MAS dan pihak DCA nampak macam letih jawab soalan dari press. Kadang-kadang, geram juga bila pihak press tanyakan soalan yang sebenarnya kalau tak tanya pun tak apa. Betul kata pihak DCA, matlamat sebenar kita adalah untuk mencari B777-200 tu, bukannya nak selesaikan spekulasi tanpa bukti tu. Pihak military pun sebenarnya boleh give up kalau kita duk tanya soalan tanpa bukti sahih tu. Sebab mereka dah usaha sedaya upaya mereka dengan bantuan dari pihak luar. Bila diasak dengan pertanyaan yang begitu, mereka mesti penat nak jawab sebabnya matlamat mereka cuma nak cari B777-200 tu aje. Bila dah jumpa, barulah boleh nak siasat benda lain. Hai, entahlah! Tapi, nak salahkan press pun tak boleh, dah memang kerja mereka nak sampaikan maklumat yang orang ramai nak dengar.

Nadia cuma berharap, doa kita semua tidak terputus. Walau di mana pun B777-200 tu berada dan apa pun yang dah berlaku ke atas mangsa, kita doakan semuanya selamat dan berakhir. Walaupun pahit, namun kita harus menerima qada dan qadar Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui Akan Sesuatu. Kalau B777-200 tu dilarikan oleh pihak tertentu, Nadia memohon.. pulangkanlah semula pesawat itu, kalau tak nak pulangkan pesawat, kembalikanlah anak-anak kapal 239 orang tu ke pangkuan keluarga masing-masing. Ingat, Allah S.W.T itu Maha Adil dan Maha Berkuasa... Jagalah!!

No comments:

Post a Comment