Assalammualaikum! Hehehe.. Mood Nadia macam nak berjiwang-jiwang karat sikit tengahari buta ni. Mana taknya, sedap melayan lagu-lagu cinta. Hakhak! Nadia taklah kata yang Nadia suka lagu jiwang. Nadia suka lagu-lagu yang menyentuh sanubari kalau lirik dan lagunya masuk ke halwa telinga dengan lembut dan tidak merimaskan. Sebenarnya, Nadia dengar lagu ikut mood. Taklah ikut peredaran semasa sangat. Macam contohnya, ikut trend sekarang banyak sangat yang dengar lagu-lagu ost drama melayu di televisyen. Nadia hanya akan dengar kalau Nadia rasa curious dengan lagu tu. Bila Nadia dah addicted, boleh makan berbulan-bulan juga berulang dengar lagu yang sama.
Nadia teringat masa Nadia sekolah dulu. Lagu Melly Goeslow adalah lagu tema hidup Nadia. Hahaha! Boleh pula ada lagu tema. Tapi, lirik lagu-lagu beliau sangatlah meruntun hati dan bermakna setiap bait-bait yang puitis. Shiela On 7 band kegemaran kakak Nadia sebab lirik lagunya banyak berkisar tentang persahabatan. Backstreet Boys, N Sync, Westlife dan KRU pula adalah band boy yang kami suka dengar. Bukanlah tak suka dengar lagu Melayu, tapi masa tu kami nak mantapkan English kami, jadi selalulah dengar Backstreet Boys tu. Tahu tak, antara sebab macamana Nadia boleh fasih bertutur dan membaca dalam English adalah dengan mendengar dan menyanyi lirik-lirik lagu Backstreet Boys! Sambil menyanyi, sambil ada dictionary dekat sebelah. Sebab, Nadia tak suka menyanyi tanpa tahu makna sebenar lagu tu. Bila dah faham, barulah boleh menyanyi dengan penghayatan. Bukan nyanyi kosong aje!
Dah habis zaman band boy, hip hop pula masuk carta. Kakak Nadia start dengar lagu yang lebih keras. Masa tu gila sangat dengan Eminem, Linkin Park dengan Too Phat. Nadia yang gegirl ni sukalah dengar lagu R&B. Jenniffer Lopez, Aliyah, Dayang Nurfaizah. Tapi, kami berdua ni tak boleh nak terlepas dengan aktiviti menari masih suka lagu tradisional dari Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Tapi, paling tak boleh lupa bila muncul pula Ruffedge dan V.E.! Habis lirik lagu tu lunyai dek menyanyi setiap hari. Kakak yang lebih suka lelaki yang kasar prefer Ruffedge dari Nadia yang masih suka R&B Soul. So, Nadia layanlah lagu V.E tu tiap-tiap hari. Jumpa pula Maroon 5 bila tengok Billboard Top Chart. Menggila lagi! Hahaha! Cuma, kami berkongsi minat suka pada Jennifer Lopez aje! Yang lain-lain, ikut selera sendiri.
Masuk umur 20s.. minat gila menari. Apa lagi, layanlah lagu Pussycat Dolls! Yang peliknya, boleh tiru tarian diorang, yang kalau Nadia fikirkan sekarang ni payahnya nak buat! Macamanalah boleh meliak lentuk badan macam diorang tu? Hahaha! Nadia menggila dengan Anuar Zain pula. Lagu pun more melodrama. Start suka lagu Korea bila tengok Super Junior di SBS Gayo Daejun 2009. Masa tu dah kenal G-Dragon dan Taeyang, tapi belum tahu lagi diorang tu Big Bang. Bila dengar lagu Tonight dan Beautiful Hangover barulah kenal diorang siapa! Daebak! Adam Lambert juga antara artis yang pernah singgah di hati Nadia. Lagu-lagu dia sesuai dengan mood Nadia.
Sekarang ni, Nadia banyak juga dengar lagu-lagu macam tu tapi dah slow sikit. Umur pun dah tua. Yang masih masuk dengan Nadia sekarang ialah Big Bang, 2NE1, Adam Lambert, Hafiz.. and several mngikut selera Nadia. Hehehe!!!
No comments:
Post a Comment