Assalammualaikum! Selamat pagi Selasa. Dua, tiga hari kebelakangan ni kecoh dengan cerita tentang Villa Nabila yang 'terkenal' dek penangan 'mistik'nya tu! Huh, bila baca pun meremang bulu roma! Villa yang dikatakan angker itu telah menarik sekumpulan remaja yang 'berani' untuk meneroka ke dalam villa tersebut, menyebabkan salah seorang dari mereka hilang sehingga sekarang. Mengejutkan bila dapat tahu yang Villa Nabila ini tersenarai sebagai salah satu dari tempat berhantu oleh satu majalah travelog luar negara! Jadi, kisah villa ini memang tak asing lagilah bagi mereka-mereka yang suka membaca majalah travel.
Bercerita mengenai kisah seram di sebalik bangunan lama ni, Nadia teringat kisah sebuah unit rumah di rumah pangsa tempat Nadia tinggal dahulu. Asalnya unit rumah tu didiami oleh sepasang suami isteri muda bersama ibu mereka. Menurut cerita dari orang yang lebih dulu mendiami rumah pangsa tu, kehidupan mereka normal saja. Tak pernah dengar, tahu atau nampak ada kelainan pada rumah tangga mereka. Tapi, satu malam mereka dikejutkan dengan tragedi yang amat mengerikan dan menyeramkan. Si suami telah menetak isterinya (ketika itu hamil anak sulung 7 bulan) sehingga kepalanya hampir terbelah 2! Manakala si ibu pula ditetaknya sehingga mati! Kisah mereka ini memang amat dahsyat sekali sampaikan keluar surat khabar tahun tu (tak silap Nadia pada tahun 90-an. Spesific year? I'm not sure). Innalillah! Memang sangat mengerikan. Lebih lagi bila salah seorang saksi kejadian itu ialah kawan mak. Dia orang yang nampak macamana si suami tu menyeret mayat isterinya ke arah lif. Kebetulan yang dahsyatnya ialah kawan mak tu tertidur di ruang tamu dalam keadaan pintu rumah yang terbuka! Argh!! Of courselah dia nampak secara live! Tapi, menurut siasatan polis si suami itu menuntut ajaran salah yakni ajaran sesat. Kira, gila isim!
Itulah sejarah unit rumah tersebut. Kami yang tinggal di rumah pangsa itu beberapa tahun selepas kejadian itu pun perasan, unit rumah itu tidak pernah didiami oleh sesiapapun. Kiranya kosong sajalah. Tingkat rumah itu pun kosong juga. sunyi dan ehem..ehem.. jangan ceritalah! Memang kalau tengok pun macam lain macam! Tapi yang peliknya, masa kami budak-budak dulu boleh pula lepas main sampai ke tingkat tu. Hahaha! Tapi, masa tu budak, apa yang nak difikirkan sangat, kan? Janji boleh main. Tapi, dalam pada berani tu tetap takut juga kami ni! Main waktu bulan Ramadhan saja. Hahaha! Berani ke? Masa tu kami main aci nyrok ala-ala Running Man! Wah, dahsyat tu! Masa tu rasanya RM pun mana wujud lagi. Kami dah pun main formatnya dulu. Ehehehe! Bila menyorok dekat situ beringat jugalah. Takut ada yang tersampuk. Tapi Alhamdulillah.. belum ada lagi.
Tapi ada sekali tu, kawan-kawan yang lelaki tiba-tiba pasang niat nak main masa bukan bulan Ramadhan. Seingat Nadia, masa tu Raya Haji. Ramai yang tak balik kampung sebab masing-masing tak dapat cuti. Sekolah pun cuti dua hari saja. Jadi, dalam pada mak ayah sibuk beraya rumah jiran.. kami pun jalankan misi aci nyorok tu. Start pukul 8 malam berlarutan sampai pukul 11. Yang bestnya, jiran-jiran tak komplen sebab kami lari pun tak bising. Ala-ala RM kan? Lagipun masa tu, boleh dikatakan hampir kesemua budak dalam blok tu main tak kira lelaki atau perempuan. Kami lari pun jiran tak bising sebab kalau kami tak lari, blok tu senyap aje. Lagi senyap, lagi seram.. betul tak? Jadi, bila mission start tu kami pun berlari mencari port menyorok. Permainan kali tu merangkum semua blok dari tingkat bawah sampai atas. Memang main gila-gila betullah. Dalam pukul 10 lebih tiba-tiba dua orang kawan lelaki Nadia angkat bendera putih. Masa tu, consider group kamilah yang menang. Kami pun berkumpul dekat dengan lift.
Kami semua pun tanyalah kenapa kawan Nadia tadi give up? Selalunya dia main sampai tinggal dia sorang aje. Dia pun buka cerita masa dia menyorok dekat dengan unit rumah 'seram' tu. Dia nampak kelibat sorang wanita tengah sikat rambut. Bila wanita tu paling dan tengok pada mereka, sebelah muka dia tak ada! Kami semua terkejut! Dia cakap, masa tu dia nak lari tapi rasa berat sangat kaki. Nasib dia menyorok dengan sorang lagi kawan kami. jadi, budak tulah yang ketuk kepala dia dan ajak dia blah dari situ. Wah, sejak hari tu makin famous unit rumah tu. Tambahan lagi, selang seminggu selepas tu ada sepasang suami isteri pindah masuk. Tak sampai seminggu duduk, terus minta pindah blok. Bila mak Nadia tanya, alasannya sebab isterinya kata dia tak tahan kena kacau malam-malam.
Itulah kenangan zaman kecil Nadia dengan blok rumah pangsa berkenaan. Sekarang ni, Nadia tak tahulah kalau-kalau ada orang duduk di unit rumah itu atau tidak sebabnya dah lebih sepuluh tahun berpindah maka tiadalah terdengar lagi cerita tentang blok rumah itu. Kalau difikirkan logik, kepada sesiapa yang tak percaya ada hantu, mereka mungkin akan gelakkan kita. Tapi, bagi Nadia selagi belum kena kita tak boleh kata kita tak percaya. Yang penting, keimanan harus teguh di dalam hati. Itu semua godaan syaitan. Allah S.W.T Maha Besar dan Maha Mengetahui Sesuatu. Hanya pada-Nya sahaja kita kena beriman. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Makhluk muka bumi ni bukan kita sahaja. Jadi sentiasa beringat.
Oh, Nadia ada beberapa tips untuk pembaca yang nak pergi ke tempat-tempat bercuti ke, berkhemah ke atau melawat tempat-tempat bersejarah:-
1. Elakkan dari bercakap besar. Kalau kita tak suka sesuatu, lebih baik kita diam atau terima sahaja. Ini bukan sahaja untuk mengelakkan dari kerasukan entiti tapi untuk mengelakkan dari orang kecil hati dengan kita. Bukan entiti aje yang boleh kecil hati, kalau manusia kecil hati lebih dahsyatlah penangannya.
2. Kalau boleh, carilah orang yang benar-benar dipercayai untuk menjadi Tourist Guide kita. Yang memang diiktiraf sebagai guide yang bagus dan ada sijil. Jangan pula hentam saja melawat tanpa guide, kecualilah kalau anda benar-benar tahu tempat tersebut. Ini untuk mengelakkan dari kejadian buruk berlaku especially kalau kita melancong ke luar negara.
3. Sentiasa bawa alat keselamatan, macam pepper spray dan alatan yang mampu digunakan sebagai pertahanan diri. Pastikan barang-barang penting macam wallet dan pasport sentiasa melekap pada badan kita. Cuba ambil nombor balai polis atau talian kecemasan jika perlu.
4. Adik-adik yang ikut mak ayah bercuti pastikan sentiasa keluar dengan ditemani ibu bapa. Jangan menggatal nak berjalan seorang diri especially tempat yang pelik-pelik. Jangan cuba-cuba nak menjelajah tempat yang dilarang oleh guide. Kalau ikut rombongan, pastikan berada di dalam kelompok yang besar. Jangan nak solo rider, karang kena apa-apa mak ayah juga yang susah.
5. Jangan cuba-cuba aktiviti yang anda sendiri tak mampu buat, contohnya berenang. Merbahaya sekiranya tiada apa-apa pengalaman. Kalau nak juga, pastikan coach dan orang yang menemani ada kepakaran dalam bidang tu.
6. Sentiasa berzikir dan berselawat bila pergi melawat tempat-tempat yang pelik atau seram. Kuatkan iman di dada dan sentiasa mengingati Allah S.W.T di mana saja kita berada.
selamat bercuti!!!
No comments:
Post a Comment