Assalammualaikum. Pagi ni malasnya nak bangun. Demam belum surut lagi. Selsema masih ada. Kesiannya dekat Mr. Teddy sebab kena makan breakfast yang dibeli. Selalu Nadia masak aje. Hari ni kalau bangun masak, nescaya demam tak pergi lagi.
Semalam adalah hari yang paling sibuk untuk Nadia. Mana taknya, jaga En Hamka Ajigeli tuh.. 7.30 pagi dah bangun. Pastu dikerah supaya memberi beliau susu sampai habis. Mummy dia kerja and my mom pergi masak juadah pengantin kat umah orang kahwin. Maka, bermulalah era menjaga ajigeli yang banyak akal tu. Dia bangun tidur balik dalam pukul 9.40, maka sempatlah Nadia mengemas dan basuh baju. Bangun tidur aje dah sumbat susu. Pastu tak boleh gerak mana sebab nak layan dia. Letih juga ada baby ni! Tapi best!
Bercerita mengenai trafik masa sekarang ni. Almaklumlah cuti sekolah. Pening rasanya bila sampai ke Lumut. Dengan basnya yang besar-besar, orang yang sesuka hati melintas. Leher ni rasa nak tercabut bila nampak tiba-tiba aje ada orang melintas. Ape ke hal kome, yop? Suka-suka aje lintas tak pandang kiri kanan. Bila dah kena langgar, masuk hospital, baru pandai nak sedih-sedih. Saman pula pemandu kereta. Eh, kita pula yang kena? Habis, masa kamu lintas tak tengok jalan tu kira tak salahlah?
Kan kerajaan dah sediakan tempat melintas. Zebra crossing, jejantas..semua tu adalah untuk keselamatan. Tapi, kita masih juga nak juga yang payah punya. Melintas pun ada caranya. Tengok kiri kanan, bila rasa selamat baru melintas. Jangan main-main tau. Dalam setahun, berapa banyak kemalangan yang berlaku di Malaysia kerana kecuaian kita. So, fikir-fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment