Tuesday, February 11, 2014

gaduh tu boleh... tapi...

Assalammualaikum semua! Semalam Nadia cuti sebab keletihan dan perut yang tidak sedap sepanjang hari. So, duduk rumah sambil berehat dan tunggu Mr. Teddy balik. Bila dia balik, dia mengadu matanya sakit macam ada benda melekap pada matanya. Bila Nadia tengok, rupanya mata Mr. Teddy macam ada selaput yang tumbuh dan mengganggu keselesaan matanya. Nak marah jugalah bila Mr. Teddy tak nak pergi hospital! Terpaksa juga tinggikan suara walaupun tahu berdosa. Tapi, itu semua demi kebaikan dia. Nadia kesian juga tengok Mr. Teddy merengek-rengek bila sakit dan merengek bila nak dibawa ke hospital. Teringat pula kejadian masa dia dibedah apendiks tahun lepas. Agaknya Mr. Teddy trauma lagi kot! Hehehe.. Dah besar panjang ni pun takut dengan doktor! Tapi, kalau dah sakit menggila, siapa yang tak takut?

Kejadian Mr. Teddy dibedah tu buat Nadia insaf sekejap. Jaga Mr. Teddy tu macam jaga budak kecik. Merengek 24 jam. Tapi, kalau Nadia pun, mana tahan sakit macam tu! Mau jugaklah kena flying kick doktor dengan nurses yang jaga tu! Hahaha! Tapi, sepanjang masa di hospital tu kena kuatkan semangat dan kesabaran sangat tinggi. Kami jarang bergaduh tapi bila Mr. Teddy sakit, anginnya asyik menggila aje. Kadang-kadang kami bergaduh juga. Tapi, tak guna jerit sesama sendiri. Orang dah sakit, kita yang jaga pun sebenarnya tak larat nak marah. Kena sabar ajelah! Rasa-rasa nak naik angin, ingatkan balik waktu Mr. Teddy jaga Nadia masa sakit dulu. Berulang ke Hospital Ipoh sebab rawatan. Tapi, dia tak merungut pun! Jauh sekali marahkan Nadia.

Bergaduh dalam perkahwinan tu memang perkara biasa. Macam Nadia marah Mr. Teddy, semuanya bersebab. Macam tu juga dia marahkan Nadia. Semuanya ada sebab tersendiri. Gaduh tu boleh, tak ada salahnya. Tapi, biarlah berpada. Janganlah sampai mencederakan sesiapa. Pukul isteri dengan tali pinggang, ketuk kepala isteri, simbah dengan air panas, baling pinggan pada suami. Memang kita tengah marah. Tapi, cuba kita beristighfar sekejap dan lihat siapa yang ada di depan mata kita. Siapa dia? Kenapa kita kahwin dengan dia? Berapa lama dah kita kenal dengan dia? Kalau boleh selesai cara yang elok, selesaikan dengan cara yang elok dan sopan. Kalau dah semua tak berkesan, pergilah kaunseling. Nadia faham, ada antara kita yang teraniaya. Mungkin dia tidak akan pernah berubah. Doa pada Allah adalah jalan yang terbaik. Tapi, kalau dah berterusan, tak salah kalau kita melawan.

Nadia terkejut juga bila ada antara kita yang ambil mudah taklik yang dibacakan ketika akad nikah dahulu. Sebab tu ramai antara kita yang tidak ingat hak-hak kita sebagai seorang isteri. Ada antara kita yang terlupa janji kita sebagai seorang suami. Orang sekarang, lafaz nikah, terus kira sah. Pastu sebut taklik tu macam tak ada perasaan apapun. Sebut sebab tok kadi suruh. Itu adalah tanggungjawab kita. Janji kita dan hak kita. Entahlah! Mungkin masa tu apa yang difikirkan cumalah dah halal. Itu sajakah? Penderaan itu bukan dari segi fizikal aje, emosi pun sama. Belum cerita pasal pukul depan anak-anak. Emosi anak-anak lagi! Kalau masa mula-mula kahwin tu dah start pukul-pukul, mungkin boleh berubah bila dah tua (itu pun berkat doa setiap hari @ Allah turunkan bala). Tapi, bila dah tua pun masih cepat tangan memukul, bila nak berubah? Hai, entahlah!

Nadia bukanlah pakar sangat bahagian kahwin-kahwin ni. Kahwin pun baru setahun jagung. Tapi, Nadia ada tips untuk mereka-mereka di luar sana:-

1. Bila marah, jangan bercakap. Itu lebih baik. Kadang-kala, silent treatment adalah jawapan kepada semuanya. bila dah ok, mood dah elok dan angin pun dah habis, duduk dan berbincang. make sure kedua-duanya sudah reda kemarahannya.

2. Bila kena pukul, sabarkan orang yang memukul tu. Kalau tak boleh, nampaknya kena lawan jugalah. Tapi, lawan tu cara berpada. Kalau dah sampai nak patah riuk, telefon polis cepat-cepat. Jangan terus melawan bila bergaduh. Mencurah minyak ke dalam api boleh memakan diri sendiri.

3. Cepat-cepat pergi dari situ kalau tiba-tiba rasa nak marah. Bila kita dah pergi, kita boleh tenangkan jiwa seketika.

4. Istighfar dan berdoa selalu. Berselawat supaya api kemarahan dan pergaduhan tidak akan tercetus.

5. Kalau dah teruk sangat kesnya, pergi saja ke pejabat agama, buat aduan. Jangan malu atau takut sebab itu hak kita dan kita tak nak masalah akan jadi lebih rumit, terutama bila sudah membabitkan anak-anak. Kalau ganas sangat, minta mahkamah buat perintah larangan mendekati anak-anak. Kalau kesnya ganas sangatlah, kalau kurang ganas, jangan pandai-pandai nak buat pula. Setakat merajuk balik rumah mak ayah tu, bawalah berbincang sesama anda saja. Malu orang tengok kalau bergaduh sebab perkara kecil.

No comments:

Post a Comment