Today is my 1st anniversary!!!! wah, diam tak diam Nadia and Mr. Teddy dah setahun jadi suami isteri. Macam-macam yang kami dah lalui dan Nadia dah tepu dah dengan perangai Mr. Teddy and dia pun sama. Walaupun we are THE LOUD COUPLE.. sebab setiap masing suara asyik kuat aje, but we love each other and no matter what the problem is, we stick together like a glue! We are bad like Bonnie Clyde, we're hip like Kanye West and Kim Kardashians.. but we love each other like Rasulullah and Siti Khadijah..insyaallah!
Menyentuh soal kahwin ni, terkejut beruk juga Nadia bila baca surat khabar baru-baru ni. Dua pasangan yang berkahwin muda (hot issue as ever!) bercerai akhirnya. Well, sebenarnya kalau tak terkejut pun tak apa. Orang zaman sekarang rasa bercerai tu macam terminate contract nombor telefon atau potong Astro! Semudah itu? Bila bercinta bagai nak gila, kahwin pun macam nak gila, takkanlah bercerai pun sebab sama-sama dah gila? Entahlah...
Allah ada perancangan atas semua perkara yang berlaku. Hanya Dia saja yang tahu. Tapi, kita sebagai manusia yang ada akal kena fikir juga benda yang baik dan buruk. Nadia tak kata bercerai tu tak bagus. Bercerai ni adalah jalan terakhir bila rumah tangga gagal diselamatkan lagi. Daripada menyeksa satu sama lain, itulah jalan yang terbaik. Semua orang ada alasan tersendiri. Kita hanya mampu berdoa semoga mereka tetap bahagia.
Nadia tengok Wang Family ( Astro Ch392) petang tadi. Adegan yang paling menyentuh perasaan Nadia bila anaknya melutut minta restu untuk kahwin dengan lelaki yang bukan pilihan keluarganya. Si ayah pun sebenarnya tak sampai hati, tapi pada dia lelaki yang anaknya pilih tu takkan jadi menantu yang baik. Tak ada pelajaran walaupun ada kerja yang bagus. Tapi, pada Nadia bila kita nak kahwin ni, restu ibu bapa adalah perkara yang cukup penting. Restu ibu bapa ni sebenarnya bukan hanya untuk berkahwin saja tapi untuk semua perkara, pekerjaan, beli harta dan jalan hidup. Tanpa restu ibu bapa, sebenarnya kita takkan ke mana-mana. Nadia dah alami semua tu. Percayalah!
Nadia juga tak kata, kita kena kahwin ikut pilihan keluarga. Mesti ramai CP kat luar sana marah betul tak? Hehehe. Sebenarnya, ada buruk baiknya kita kahwin pilihan keluarga. Baiknya ialah, mak ayah ni biasanya tahu apa yang layak untuk kita. Dan, kita tak buang masa bercinta tapi putus aje. Buruknya ialah, maybe kita tak berapa kenal, jadi untuk serasi mungkin agak susah. Lama-lama bergaduh, bercerai pun boleh. Apa yang kita kena buat sebenarnya ialah, mohon pengertian ibu bapa untuk mengenali pasangan yang mereka pilihkan untuk kita. Bukan apa, takut kita menyesal nanti. Kalau nampak lain macam aje dan rasa tak percaya, kita boleh bincang elok-elok dengan ibu bapa kita. Mak ayah ni marah kejap aje. Nanti dia sejuk, dia akan fikir apa yang kita bincang dengan mereka.
Kahwin muda... ada bagus ada tidak. Bagusnya ialah mengelakkan maksiat berleluasa. Kalau rasa bertanggungjawab, boleh teruskan. Tapi, kalau tak mampu...tak usahlahh! Dunia perkahwinan ni bukan satu perjudian. Ini adalah masa depan. Hidup mati. Jangan terburu-buru. Masa masih panjang. Tapi, kalau dah buat kesilapan, kita kena usaha untuk perbetulkan. Jangan putus asa berdoa.
Kahwin lari? Jangan!!! Macamana tak setuju ibu bapa kita, jangan kita ambil langkah ni. Mungkin ada alasannya kenapa mereka tidak benarkan. Kahwin lari bukan alternatif yang bagus. Takut bila satu hari nanti, kita akan menyalahkan satu sama lain kerana keputusan yang kita buat. Dan, akhirnya bercerai. Kalau ada masalah, lebih baik berbincang. Tak cukup duit? Kerja lebih keras lagi. Kalau niat kita baik, insyaallah Allah akan bantu..
Pilihan di tangan anda. Eh, ada orang bertanya. Mr. Teddy dan Nadia berkahwin atas dasar apa? Kami berkahwin kerana kami dijodohkan bersama. Atas restu dan pilihan ibu bapa serta usaha menerima dan mengenal satu sama lain juga kekuatan dan keyakinan terhadap Allah menyebabkan kami bersama. So, kesimpulannya....?
No comments:
Post a Comment