Yup, that's what I wanna talk this night.....
Assalammualaikum readers sekalian! Sambil melayan lagu-lagu jiwang ni and my precious Gwiyomi yang sedang sedap tidur di tepi pintu bilik, Nadia teringatkan apa yang berlaku di sekolah pagi tadi. My..my..! Bila dilihat-lihat balik, budak-budak sekolah sekarang ni jauh lebih extreme berbanding kita dulu-dulu, kan? Nadia sendiri boleh bezakan. Bila kita bekerja dengan pelajar-pelajar ni, kita boleh nampak betapa jauh berbezanya kita dan mereka dahulu. Dari segi high spirit sampailah kepada pergaulan kita dengan kawan-kawan, jauh berbeza!
There's something lack about those student.. they are talented and good.. but....?
Bukanlah nak kata student ni teruk sangat. They strive for their achievement. Tapi, student sekarang ni kekurangan sesuatu di dalam diri mereka which is discipline. Jauh berbeza dengan kita dulu. Bila cikgu tengking, kita membatu di atas kerusi. Budak-budak sekarang, lagi ditegah, lagi mengganas! Kadang-kadang, cikgu pun naik menyampah! Cikgu pun masih manusia. Walaupun ikutkan sebagai seorang cikgu, kita kenalah sabar mengajar budak, tapi kalau dah melampau sangat sampai boleh cakap dengan cikgu, " Ya, saya memang kurang ajar! Cikgu nak buat apa dengan saya?!", tak ada manusia yang hidup di muka bumi ni yang tak marah. Tipulah kalau dia cakap yang dia boleh bersabar. Sebenarnya, tindakan cikgu-cikgu tu pun dah melambangkan sendiri apa yang dia rasa. Kalau lepas student marah macam tu, dia buat tak tahu saja walaupun dia senyum, itu maksudnya dia tak nak ambil tahu lagi tentang student tu. Itu pun dah dikira marah juga.
Ada juga student yang cakap cikgunya poyo sebab beria sangat bila melakukan sesuatu. Tapi, mereka tak tahu. Cikgu tu amat concern sekali dengan keadaan student itu. " Cikgu jangan nak sibuk hal saya! Mak bapak saya pun tak ambil tahu, kenapa cikgu sibuk sangat nak tahu!?"...tak patut sangat tu! Sedangkan cikgu itu menangis di dalam hati kerana takut student itu memusnahkan diri sendiri dan menyesali perbuatannya kelak! Tapi, student masih ingat cikgu tu busybody sangat... Hmm.. apa tu? Sebab tu cikgu sekarang cenderung untuk mendenda pelajar dengan cara yang pelik. Sebab student pun suka buat benda pelik juga! Student gangster, cikgu pun terpaksalah jadi begitu walaupun dia tak suka!
Pernah dengar tak ni...? Kalau kita melawan guru, ilmu yang dituntut tidak berkat?
Betul! Melawan guru ni sama juga macam melawan mak ayah kita. Guru ibarat mak ayah kita di sekolah. Nadia bercakap ni bukan sebarangan. Nadia bercakap dengan pengalaman sendiri. Nadia teringat masa Nadia belajar subjek Business Law. Nadia suka melawan lecturer tu masa kelas tutorial. As a result, I got C- in that subject although I love Law so much. Disebabkan rasa benci pada lecturer tu, Nadia tak boleh absorb langsung ilmu tu sebab duk terbayang-bayang dia marah Nadia. Subjek yang boleh score terus terbenam sem tu. Nasiblah dapat C-.. kalau dia bagi D, nak kena repeat lagi! Sebenarnya, dalam pada dia geram tu.. dia tetap juga bagi Nadia lulus. Hehehe! Agaknya dia tak nak jumpa Nadia lagi kot! Hahaha! Tapi, the point is.. Kalau kita melawan guru, ilmu yang kita dapat tak berkat. Best student sekalipun, kalau tak ada guru, tak adalah title best student tu. Mana boleh tuntut ilmu tak ada guru! Itu namanya ilmu sesat!
So, guru-guru di luar sana, nak buat macamana untuk kemaslahatan perhubungan kita dengan student?
Kita boleh bersabar, tapi sampai bila? Heh! Tapi, kalau kita selam isi hati student kita, mungkin kita tahu sebenarnya mereka tak ada niat pun nak lukakan hati kita. Kita dah berusaha. Masa akan menentukan segalanya. Kepada guru yang denda student dengan denda yang pelik, jangan judge diorang. Entah-entah, masa dia student dulu, cikgu dia ajar macam tu. Jangan fikir macam tu. Dia ada alasan sendiri. Kita hanya mampu berdoa agar satu hari nanti mereka akan sedar dan insaf sendiri...
Akhir kata...
Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh Malaysia. Anda insan terpilih sebenarnya kerana ada sesuatu yang istimewa pada diri anda yang melayakkan anda menjadi orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain. Buat guru-guru saya, Cikgu Azizahtun Jameah (guru kelas darjah 1 Cemerlang), Cikgu Lee ( guru kelas darjah 5 Bijak), cikgu kelas 6 Bijak ( yang Nadia tahu namanya tapi tak sure jadi tak berani nak tulis), guru kelas tingkatan 1A2 & 2AA2 di SMK (P) TLDM, LUMUT (1993-2001), guru kelas 3A5, 4SC4, 5SC3, L6B di SMK METHODIST ACS, SITIAWAN (2002-2005).. andalah insan yang bertuah kerana terpilih mengajar kami. Juga tak lupa untuk sekolah hidup yang mengajar Nadia erti kesengsaraan hidup dari bawah, kilang Y yang tersergam indah, itulah sekolah hidup yang paling berkesan yang mengajar Nadia supaya berpijak di bumi yang nyata. Also for cikgu-cikgu SMK METHODIST AYER TAWAR, anda semua yang terhebat kerana mampu bersabar sebagai pendidik.. also for all my teachers.. Pn Rabita Jali (my English teacher yang tak pernah jemu mendidik Nadia sampai boleh speaking bersepai sekarang), my luvly Pn. Azizahtun Jameah (tamparan cikgu buat saya jadi manusia sekarang), Cikgu Zuraini (yang sentiasa senyum walaupun letih dengan kami), Miss Lee ( saya masih benci math, cikgu.. but I am a good person now!), Cikgu Lutfi ( my first science teacher, i still remember the first experiment.. acid and alkali) My standard 6 Science teacher ( now i know the answer for your lifetime quiz.. why ship still float on the water although it made by iron..)My ustazah Husna (yang ajar Nadia teknik paling best untuk jawab soalan P.I)my dearest Pn. Rosidah (yang masih anggun hingga ke saat ini..) all my SPM'S teacher especially Pn Che Suzanah ( BM dapat A sebab cikgu tak pernah putus asa ajar saya) my History teacher ( cabaran cikgu buat saya berusaha), Mr Choong FK ( the miracle happends when you turn this 0 student into PASS student in Add Math!) And.. all the teachers in this world!!
HAPPY TEACHERS DAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment