Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan Ya...Ramadhan...

Salam Ramadhan blogger semua! Lama betul ya Nadia tak menulis. Bukan merajuk ye.. tapi Nadia betul-betul tak ada masa. Dengan laptop yang buat hal dan macam-macam perkara yang berlaku, Nadia perlukan masa untuk betulkan satu dua perkara sebelum menulis.

Nadia baru tersedar, tahun ini adalah tahun yang paling sukar untuk Nadia. Dugaan yang bertimpa, datang dan pergi. Namun, Nadia kuatkan semangat. Nadia sedar, Allah S.W.T menyayangi hamba-Nya. Dugaan datang dan pergi itu ibarat satu peringatan tanda kasih-Nya supaya Nadia sentiasa sedar siapa Nadia di muka bumi ini. Alhamdulillah, walaupun bukan seperti dulu lagi, Nadia bersyukur kerana rezeki itu masih ada dan semua orang gembira dengan kurniaan-Nya. Nadia rasa lega sangat, lepas satu demi satu masalah mula selesai. Janji, semuanya baik-baik sahaja.

My lovely nephew, Ajigeli ditimpa penyakit kudis buta! Allah! Sedihnya tak tahulah nak cakap macamana. Setiap hari nampak dia menggeselkan tangannya tanda gatal-gatal. Bila dia bangun tidur, dia rasa sakit sangat. Walaupun dia tak boleh cakap, tapi dengan gayanya itu pun dah boleh tangkap yang dia memang sakit. Mommy pun tak bertangguh bawa dia pergi Poliklinik Samudera. Even she's not feeling well too! Nadia pun kurang sihat sebenarnya. Tapi kami semua menguatkan semangat. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih kecuali Nadia yang baru nak tahu nasib esok.. hehe.. I need to seek further treatment tomorrow.

Itu sajalah yang Nadia boleh ceritakan dalam blog kali ni. Salam Ramadhan semua dan tabahlah menempuh segala halangan dan dugaan..

No comments:

Post a Comment