2
“ Selamat
pagi, Juwita,”
“ Pagi,
Encik Haq. Pagi ini, encik ada mesyuarat dengan ahli lembaga
pengarah. Datuk berkeras nak encik pergi sebab minggu lepas encik dah
ponteng katanya. Lepas tu, encik ada lunch
dengan Datuk Ismail di golf
course.
Katanya, nak bincang tentang projek dewan bandaraya baru tu,” aku
menggaru kepalaku. Sudahlah bersepah-sepah dokumen dan blueprint di
atas meja, sekarang otak pun dah macam bersepah-sepah dibuatnya!
“ Tentang
meeting
BOD
tu, tengok dululah. Kalau rajin, saya datang. Lagipun, kerja saya
berlambak ni. Kalau ada siapa-siapa bising suruh saya datang juga,
suruh diorang datang tolong saya siapkan kerja yang berlambak ni,”
aku bersuara keras. Hatiku memang malas untuk menyertai mesyuarat
ahli lembaga pengarah itu. Bosan dan bosan…dan bosan! Mendengar
mereka bertekak tentang
syer, tentang perkara yang berbangkit. Lagi-lagi kalau ada ummi dan
kakak. Mesyuarat akan menjadi lebih panas. Walaupun ahli lembaga
pengarah ada enam orang saja; walid, aku, kakak, ummi dan dua orang
lagi penyumbang dana, tetapi lagaknya seperti ada sepuluh orang
sedang bermesyuarat.
“ Tapi,
saya nak cakap apa dengan Datuk?”
“ Erm,
cakap saya sibuk. Tentang Datuk Ismail tu, awak tolong beritahu dia
yang saya tunda ke waktu petang. Lepas waktu pejabat. Sebab saya nak
balik lunch
dengan isteri saya,” kataku tanpa memandang Juwita yang
terpisat-pisat di hadapanku.
“ Baiklah,
kalau macam tu,” katanya sebelum keluar. Aku menghela nafas
panjang. Tanpa bertangguh lagi, aku meneruskan kerjaku yang
bertimbun-timbun di atas meja. Namun, fikiran aku mengelamun
memikirkan perangai Nur yang kelihatan agak aneh pagi ini.
“ So,
I wonder.. What makes my own son refuse to see me? Too much work to
do, isn’t it?”
tiba-tiba saja walid terpacul di hadapan pintu. Dia tersenyum manis.
“ Astagfirullah..walid,
masuklah. Kenapa jenguk aje,” walid masuk ke dalam bilikku dan
menutup pintu, perlahan. Di tangannya ada sebatang ais krim Magnum.
Walid memang suka makan ais krim. Seingat aku, peti sejuk di dalam
biliknya itu dipenuhi dengan pelbagai jenis ais krim dan yogurt.
Apabila dia meronda ke sekitar pejabat, tangannya pasti ada sebatang
ais krim.
“ Sekarang
ni agaknya memang dah terbalik stail kot? Macamana boleh CEO datang
jumpa arkitek?” walid mula berseloroh. Aku menjadi segan. Sepanjang
aku bekerja di syarikat walid ini, Cuma dua kali sahaja aku menjenguk
pejabat walid walaupun berada di bawah satu bumbung. Kalau diikutkan,
pejabat walid hanya selang setingkat sahaja dengan Bahagian Rekaan
Dalaman, tempatku bekerja.
Tetapi
aku betul-betul tabik dengan walid. Dia tidak kisah berjalan-jalan
dan berjumpa dengan staff setiap hari. Walaupun kerjanya berlambak,
namun paling tidak dia pasti meluangkan masa selama sejam
bersama-sama dengan pekerja yang lain. Dari pangkat eksekutif,
professional, pentadbiran sampailah ke bahagian janitor pun, dia
tetap berjumpa dan bermesra dengan mereka. Dari situ, dia dapat
mengenali karakter pekerja-pekerja syarikat miliknya. Lagipun, walid
bukan seorang yang sangat berprotokol dan serius. Dia suka bergurau
dan kadang-kadang suka bermain-main. Dia lebih suka mendiamkan diri
jika tidak sukakan sesuatu perkara. Dia lebih suka tersenyum dan
ketawa. Tetapi kadang-kadang, dia akan menegur kesilapan yang serius
pada pandangannya. Jika orang itu ambil hati tentang tegurannya, dia
akan cepat-cepat mencari idea untuk membuat lawak jenaka agar suasana
menjadi lebih tenang.
“ So,
apa khabar menantu walid?” tiba-tiba walid bertanya tentang Nur.
Aku hanya tersenyum kerana teringat peristiwa pertama kali aku
membawa Nur sebagai isteriku kepada walid. Nur memanggil walid dengan
panggilan Datuk.
“ Datuk?
Eh, biar betul ni Nur! Takkan dah tak kenal mana satu datuk, mana
satu ayah? Ni walid ni, kalau datuk…Imam Rahman tu datuk, ya?”
gurau walid. Nur tersipu-sipu malu. Walid hanya mengusap kepala Nur
perlahan.
“ Lepas
ni, kita geng la ye!” kata-kata walid disambut dengan hilai tawa
kami.
“ Nur
sihat. Mungkin minggu depan dia akan mendaftar semula ke kampus.
Tempoh pengecualian semester pun dah habis,” balasku panjang lebar.
Walid mengangguk perlahan. Dia memandang wajahku sambil tersenyum.
“ Rindulah
Haq nanti,” usik walid. Aku hanya ketawa besar. Walid memang pakar
dalam mengenakan dan mengusik orang.
“ Haq,”
“ Ya,
walid?”
“ Malam
ni, bawa Nur pergi Masjid ‘Ain. Walid ada buat tahlil sikit untuk
arwah mertua Haq. Dah setahun dah mereka meninggal dunia, kan?” aku
tersentak. Hari inikah? Patutlah Nur nampak agak muram. Aku
betul-betul terlupa!
“ Astagfirullah!
Haq lupa, walid,” aku mengeluh. Bagaimanalah perkara sepenting ini
boleh dilupakan? Aku memang tidak patut!
“ Walid
dah agak dah. Kesian Nur. Agaknya walid seorang aje yang ingat
tentang hal ni,” dia tersengih. Aku mula menyesali atas kealpaan
diriku. Macamana sekarang?
“ Okay,
nanti Haq bawa dia. Ummi dengan kakak ikut sekali tak?”
“ Lepas
maghrib tau. Jemaah isyak sekali,”
“ Ummi
dengan kakak?” walid hanya mengangkat bahu apabila aku bertanya
tentang perihal ummi dan kakak. Dia bangun perlahan-lahan dari
kerusi.
“ Jangan
lupa malam ni, tau? Dan, BOD
meeting... an hour from now,”
kata walid sambil berlalu dari pejabatku.
Aku
bersandar di kerusi. Rasa bersalah mula menghantui fikiranku. Aku
sedar, sejak kebelakangan ini, aku agak mengabaikan Nur. Padahal,
semenjak aku berkahwin dengannya, rezekiku berlimpah ruah dengan izin
Allah. Aku seperti alpa dengan kurniaan-Nya yang memberikan Nur
kepadaku. Walaupun kami berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi Nur
tetap seorang isteri dari segi syarak dan undang-undang. Nasib aku
baik kerana Nur seorang yang sangat memahami, walaupun kadang-kala
dia suka membangkitkan isu ingin aku berkahwin dengan wanita yang aku
cinta. Lebih-lebih lagi, setelah dia mendapat layanan yang dingin
daripada ummi dan kakak.
Entah
bilalah ummi akan menerima hakikat dia bermenantukan Nur? Setiap
hari, ada sahaja idea kurang cerdik ummi untuk memisahkan kami
berdua. Contohnya, perihal tentang kejadian semalam. Aku dipaksa
duduk lama-lama di rumahnya dan melayan kerenah Datin Huda, teman
rapatnya. Dengan penuh alasan yang kedengaran meyakinkan, aku
terpaksa tinggal di situ, kononnya untuk berbincang tentang projek
pengubahsuaian hiasan dalaman rumah anak perempuan Datin Huda.
Alih-alih, mereka bercerita pula tentang orangnya yang bernama
Fansuri. Topik asal sudahpun lari hanya setelah sepuluh minit
bercerita soal pengubahsuaian itu. Aku mula bosan apabila ummi asyik
memuji Fansuri. Fansuri itu, Fansuri ini. Adakah dia tidak sedar aku
sudah beristeri?
Aku
merasa bersalah terhadap Nur. Sepanjang malam, dia menelefon aku
tetapi aku tidak boleh menjawab telefon dengan adanya gangguan dari
ummi dan Datin Huda. Apabila telefonku berbunyi, mereka mula membuka
mulut tentang ubahsuai. Bila telefon tidak berbunyi lagi, eh..mereka
bercerita lagi tentang Fansuri. Akhirnya, penyeksaan batinku berakhir
apabila aku berkeras juga ingin pulang dan walid menyokongku dengan
mengatakan, tidak elok bertandang hingga lewat malam di rumah orang.
Sebenarnya, kata-kata itu ditujukan khas untuk Datin Huda yang masih
tidak tahu-tahu lagi untuk pulang ke rumah sendiri walaupun jam sudah
menunjukkan waktu satu pagi. Pengakhirannya, aku sampai di rumah
dalam keadaan yang letih dan pening.
Aku
tahu, ummi benci pada Nur. Aku masih ingat dengan jelas riak wajahnya
dan kata-kata ummi pada saat aku membuka mulut memberitahu yang aku
akan berkahwin dengannya.
“ Haq
ni dah gila ke!? Tak ada angin ribut, tiba-tiba nak kahwin dengan
Nur!” suara ummi menyinga menusuk ke dalam cuping telingaku. Walid
hanya diam. Namun, sejak awal lagi dia sudah memberi persetujuan yang
tidak berbelah bahagi dengan keputusanku.
“ Haq
nak tolong dia, ummi. Dalam keadaan dia yang macam tu, dengan hidup
terbuang dari saudara mara, dia perlukan Haq. Perlukan sokongan Haq,
bimbingan Haq. Tolonglah faham, ummi,” aku mmpertahankan tindakan
dan keputusanku.
“ Haq,
kenapa Haq nak menyusahkan diri kahwin dengan orang gila macam tu!
Nur tu dah tak betul, dah tak siuman! Nak bimbing apa lagi kalau dah
gila? Orang gila patut hantar aje ke wad psikatrik!” ummi membentak
lagi. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Kenapa ummi sangat bersikap
skeptical tentang Nur?
“ Maaf,
untuk kali pertama Haq terpaksa membantah kata ummi. Nur tak gila.
Dia Cuma tertekan dengan keadaan sekelilingnya yang kejam. Keputusan
yang Haq ambil ni adalah untuk kebaikan semua. Haq akan bantu Nur
untuk pulih dan satu hari nanti, ummi akan berbangga sebab dapat
menantu yang baik budi pekerti macam Nur!” aku mula berkeras dan
tegas. Ummi hanya terdiam dan berlalu dari ruang tamu. Walid duduk
dengan tenang di sebelahku. Aku fikir, walid juga mungkin akan
mengubah fikiran apabila mendengar kata-kata ummi.
“ So,
Haq nak honeymoon
di mana?” pertanyaan walid menyebabkan aku ketawa kecil. Serentak
aku memeluknya dan mengalirkan air mata. Restu walid adalah
segala-galanya bagiku. Budi walid tak terbalas bagai setinggi gunung.
Nur
bukan orang gila. Dia normal. Dia Cuma tertekan. Peristiwa kebakaran
di Kampung Genting Pecah itu telah merubah seluruh kehidupannya.
Hendak mengharapkan saudara mara, saudara maranya pun tidak berguna.
Aku masih tidak mengerti mengapa masih ada lagi manusia yang sanggup
mengkhianati darah daging mereka sendiri. Aku fikir, Pak Teh akan
menolong Nur kerana dia nampaknya beria-ia ingin menjaga Nur selepas
peristiwa itu. Tetapi, apa yang kami harapkan, lain pula jadinya. Pak
Teh telah memanipulasikan wasiat arwah ayah dan Nur kehilangan
segala-galanya. Dia sanggup mengurung Nur seperti binatang selagi Nur
tidak menurunkan cap jarinya ke atas surat palsu itu. Dia juga cuba
untuk memperkosa Nur sebagai bentuk satu ugutan agar Nur menurunkan
cap jarinya. Penyeksaan zahir dan batin Nur tidak pernah berhenti
setiap hari. Dia jadi tertekan dan kurang waras.
Akhirnya,
apa yang Pak Teh hajatkan tercapai apabila Nur tidak sanggup lagi
menahan penyeksaan itu. Nur merasakan dia tidak memerlukan harta itu
jika dia terus terseksa seperti ini. Dia akhirnya melepaskan kesemua
haknya kepada Pak Teh. Nur fikir, dia akan dibebaskan. Malangnya, Pak
Teh masih berdendam padanya dan merancang untuk menjual Nur ke rumah
pelacuran. Dan, Hazri anaknya sendiri ingin menjadi pelanggan pertama
Nur. Sungguh menjijikkan!
Allah
Maha Penyayang. Sewaktu mereka sedang berbincang dengan taukeh
lembah kotor itu, Nur mengambil peluang untuk lari dari situ. Dia
merempat di merata-rata tempat sebelum ditemui oleh datuk di
perhentian bas ketika ingin menghantar saudara pulang ke kampung.
Datuk membawa Nur pulang dan menjaganya buat sementara waktu. Datuk
dan nenek menelan segala fitnah yang dilemparkan ke atas Nur dan
tidak menghiraukan cakap-cakap orang kampung.
Nur
sendiri yang ingin mendapatkan rawatan psikatrik. Padanya, dirinya
perlu diubati dengan bantuan orang yang pakar. Dia mahu membuktikan
yang dia tidak seperti apa yang orang kampung katakan. Mereka
menuduhnya gila, pelacur, sanggup menjual maruah untuk membayar
hutang dan disumpah oleh sumpah arwah emak dan ayah kerana memalukan
keluarga. Walaupun tiada sesiapapun yang memberitahu kami dari mana
mereka mendapat cerita itu, tetapi kami tahu Pak Tehlah tok dalang di
sebalik fitnah-fitnah itu. Dia masih belum puas kerana tidak dapat
memusnahkan keturunan ayah di muka bumi itu. Begitulah, betapa busuk
hati Pak Teh!
Apabila
Nur keluar dari hospital mental, keadaannya tidak berubah. Dia masih
tertekan seperti dahulu. Datuk mengambil keputusan untuk
menghubungiku agar pulang segera ke kampung. Teman-teman kami tidak
boleh menolongnya lagi. Mereka sudah mencuba pelbagai cara, tetapi
Nur masih juga begitu. Murung, menangis dan berkurung di dalam bilik
rumah datuk. Aku yang sepatutnya menyambung pengajian master ke
Amerika Syarikat segera membatalkan hasrat tersebut. Aku segera
pulang walaupun ummi membantah aku ke sana.
Aku
pulang ke kampung dengan satu tekad yang besar. Aku ingin
mengembalikan Nur yang dulu. Apabila aku pulang, aku melihat keadaan
Nur sangat teruk. Aku sedaya upaya cuba untuk membantunya pulih.
Adakalanya, kesabaranku agak menipis. Aku memarahinya. Namun, aku
sedar Nur tidak bersalah. Aku bersabar dengan dugaan ini. Aku terus
membantunya, walaupun cabaran yang bukan calang-calang perlu aku
hadapi. Acap kali, aku dan Nur hampir ditangkap khalwat oleh orang
kampung walhal kami tidak pernah berdua-duaan kerana Nur sering
ditemani oleh nenek. Akhirnya, Nur bangkit semula dari kekusutan yang
melandanya hampir dua bulan lamanya.
“ Haq,
atuk nak cakap sikit boleh?” suatu petang, sewaktu aku sedang duduk
bersantai dengan datuk di beranda rumah, datuk memulakan bicara.
“ Hal
apa, tok?”
“ Hal
kamu dengan Nur,” aku tersentak. Ada apa lagi ni? Aku mula
berteka-teki di dalam hati.
“ Atuk
tengok, Nur pun dah makin bersemangat. Sejak kamu tolong dia ni, dia
dah mula menunjukkan tanda-tanda positif yang baik. Doktor pun dah
sahkan yang dia dahpun bebas dari penyakit stress tu.
Alhamdulillah..” aku juga mengucap tanda syukur di dalam hati di
atas perubahan positif Nur.
“ Atuk
sayang kamu, Haq. Kamu sajalah cucu lelaki atuk. Atuk pun sayang pada
Nur macamana atuk sayang pada kamu. Atuk mula terfikir, macamana
kalau kamu dah balik K.L nanti? Siapa nak jaga Nur? Atuk risau dia
akan sakit lagi bila kamu tak ada untuk menolong dia. Atuk dan nenek
dah tua, Haq. Kami tak tahu macamana nak tolong dia,” aku
mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti apa yang datuk maksudkan.
“ Habis
tu, atuk nak Haq buat apa?” tanyaku ringkas. Atuk merenung mataku.
“ Atuk
nak kamu kahwin dengan Nur, boleh?” serentak itu, kami sama-sama
terkejut apabila bunyi seperti kaca pecah kedengaran dari belakang
kami. Aku menoleh. Nur sedang berdiri tegak. Mulutnya tergamam.
Wajahnya pucat dan kelihatan sangat terkejut. Aku hanya mengukir
senyuman. Nenek yang tidak mendengar perbualan kami tadi, dengan
penuh selambanya mengambil penyapu dan menyapu baki kaca yang pecah
tadi.
Sawah
padi masih menghijau. Aku memandang kiri dan kanan. Akhirnya,
pandangan mataku termati di satu denai di tengah sawah. Nur ada di
situ. Dengan baju kurung kedah berbunga biru, seluar sukan dan rambut
yang ditocang satu, dia melemparkan pandangannya jauh ke tengah
sawah.
“ Nenek
cari kau,”
“ Nenek
ke, kau?”
“ Erm..aku
pun cari juga. Huhu,” aku pura-pura ketawa. Ketawa palsu. Nur
hanya tersenyum kelat. Perlahan-lahan, aku duduk di sebelahnya.
“ Haq,
kenapa kau setuju dengan cadangan atuk?” aku tersenyum apabila Nur
bertanya tentang perihal itu. Sebentar tadi, selepas Nur mengorbankan
tiga biji cawan arc opal antic nenek, aku memberi persetujuan untuk
mengahwini Nur. Nur yang benar-benar terkejut dengan kata-kataku
terus meluru keluar dari rumah. Itu yang membawa kami ke tengah sawah
sekarang.
“ Kenapa
kau tanya? Kau tak suka?”
“ Kita
tak pernah bercinta, Haq. Tak mungkin kau akan kahwin dengan aku,”
“ Kenapa
pula?”
“ Aku
tak nak kau rasa terbeban. Aku ni perempuan yang tak sepadan dengan
kau. Aku ni dah tak ada masa depan lagi. Tak ada keistimewaan pada
diri aku yang boleh dijadikan calon isteri dan menantu dalam keluarga
kau. Carilah perempuan yang lebih cantik dan sekufu dengan kau,”
kata-kata Nur kusambut dengan gelak tawa besar. Nur kehairanan.
“ Kenapa
kau ketawa?”
“ Macam
tu sekali kau merendahkan martabat kau? Tak ada masa depan? Tak
sekufu? Tak cantik? Tak layak? Aku nak tanya sikit,” kataku sambil
memandang mata bening Nur yang berkaca.
“ Apa
dia?’
“ Kau
hodoh sangat ke? Hidung patah? Gigi rongak?”
“ Tak,”
“ Kau
bodoh sangat ke? Tak pernah pergi sekolah? Buta huruf?”
“ Tak
juga,”
“ Yelah,
setahu aku kau bakal dapat ijazah tahun ni, kan?” Nur mengangguk.
“ Kau
dah pernah tengok masa depan ke?” tanyaku tiba-tiba. Nur memandang
wajahku. Dia menggeleng kepalanya. Aku menghela nafas panjang sebelum
menyambung kembali jawapanku.
“ Kita
sama saja, tak ada perkara yang membezakan kita berdua. Aku kahwin
dengan kau pun kerana masa depan kau. Aku yakin, kau masih perlu
pertolongan aku. Kalau kita kahwin, aku boleh membimbing kau, menjaga
kau dan bersama kau tanpa sebarang ragu lagi. Kita boleh menutup
mulut-mulut orang yang jahat pada kau selama ni. Atuk dan nenek
takkan kehilangan kau lagi. Kau yakin ke, kalau kau kahwin dengan
orang lain, orang tu akan membahagiakan kau dan menjaga kau? Aku
takut ada orang akan ambil kesempatan pada diri kau lagi,” Nur
terdiam seketika. Dia tunduk menguis-nguis rumput kering di bawah
telapak kakinya.
“ Aku
tak nak menyeksa jiwa kau, Haq. Kau tau,kan? Aku tak pernah cintakan
kau,”
“ Aku
tahu perasaan kau. Tapi tujuan aku kahwin dengan kau sebab aku tak
nak kau terumbang-ambing tanpa aku, kawan baik kau di sisi kau. Cinta
tu nombor dua, Nur. Aku kahwin dengan kau sebab nilai persahabatan
kita. Nilai yang tak boleh ditukar ganti lagi. Lebih bernilai dari
cinta,” kataku sambil memegang tangannya. Mata Nur mula berkaca.
Hatiku juga sebak dibuatnya.
“ Maaf,
Haq. Aku tak nak kau terseksa,”
“ Nur,
anggap saja kau berkahwin dengan aku atas dasar persahabatan. Aku
hormatkan nilai persahabatan kita berdua. Aku akan hormat kehendak
kau. Kalau kau tak nak aku sentuh kau, aku akan jaga batas
perhubungan kita. Jangan fikir tentang hal cinta dan perasaan tu.
Kahwinlah dengan aku, Nur. Aku akan bebaskan kau dari belenggu ni,
selamanya,” pujukanku nampaknya membuahkan hasil. Nur termenung
sejenak untuk berfikir. Aku menanti dengan penuh debaran.
“ Baik,
aku setuju. Demi atuk dan nenek. Tapi, kau kena janji pada aku satu
perkara. Bila kau dah jatuh cinta dengan sesiapa, kau kena beritahu
aku. Lepas tu, lepaskan aku dan kahwinlah dengan dia. Aku tak nak
membebankan kau lagi selepas tu,” Nur memberitahu syarat untuk aku
patuhi. Aku bersetuju.
Maka,
berkahwinlah kami dalam suasana yang gembira dan meriah. Aku sendiri
pun tidak menyangka akan diraikan dengan penuh meriah oleh keluarga
kami. Atuk dan walid adalah insan yang paling gembira hari itu.
Saudara mara Nur ada juga yang hadir walaupun sebahagian daripada
mereka masih memulaukan Nur. Namun, aku cukup bersyukur akhirnya Nur
menjadi jodohku yang tertulis di dalam takdirku. Dan, seperti yang
telah aku janjikan, aku tidak pernah menyentuh tubuh Nur, hinggalah
tiba-tiba hatiku mula tergugat semalam…
Aku
melangkah longlai. Jam menunjukkan pukul satu setengah pagi. Aku
mengeluh kepenatan. Sampai hati ummi menahan aku untuk pulang ke
rumah sendiri! Benci!
“ Aku
dah balik,” kataku, perlahan. Aku melonggarkan tali leherku,
melemparkan briefcase dan duduk terhenyak di atas kerusi. Tiba-tiba,
barulah aku terperasan yang Nur sedang tidur di atas sofa panjang di
sebelah kerusiku. Tangannya menggenggam telefon bimbit. Kesian Nur!
Dia terlalu lama menungguku.
Aku
bercadang ingin mengejutkan Nur. Tentu tidak selesa berbaring di atas
sofa begitu. Aku memegang bahunya perlahan. Lena sungguh Nur tidur!
Dia pasti sangat kepenatan. Aku memegang sebelah lagi bahunya.
Tiba-tiba,
perasaanku berdebar-debar. Mataku memandang bibir penuh Nur yang
kemerah-merahan itu. Bagaikan ada satu tarikan yang menarik aku untuk
mendekati mulut mungil itu. Semakin lama, semakin aku merapati mulut
itu. Hatiku menjerit geram.
“ Ish!”
aku mematikan hasratku. Aku segera mengangkat Nur perlahan-lahan
menuju ke dalam bilik tidurnya. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan
membawa Nur ke katilnya. Aku membaringkan Nur dengan berhati-hati dan
menarik selimutnya.
Aku
ingin berlalu dari situ, tetapi hatiku menafikan kakiku melangkah
pergi. Jangan pergi, Haq! Dia perlukan kau malam ini! Aku bertarung
dengan perasaanku sendiri. Hati mahukan itu, kaki mahu aku pergi. Aku
mula keliru. Aku takkan memiliki Nur tanpa kebenarannya. Itu namanya
merogol! Tak gunalah kau ni Haq kalau sampai kau merogol dia! Namun,
hatiku menjerit mahukan dia. Mahukan dia yang sepatutnya sudah aku
miliki lapan bulan yang lalu. Sah!
Aku
mengalah pada hatiku sendiri. Pun begitu aku bertegas juga dengannya.
Perlahan-lahan, aku merapati Nur. Aku melutut di sebelah tubuhnya
yang sedang lena diulit mimpi indah. Aku merapatkan mulutku ke arah
mulutnya yang mungil lagi menggiurkan itu. Kehangatan seperti terkena
renjatan elektrik mula mengalir ke dalam tubuhku.
Cukup!
Jeritku di dalam hati. Cukuplah tu! Aku tidak mahu meneruskan lagi.
Aku segera berlalu dari bilik Nur menuju ke bilikku. Aku menutup
pintu dengan cepat dan meraut wajahku sendiri. Aku sudah berjanji
dengan Nur. Aku tidak akan mungkir! Tidak mungkin!
Tetapi,
kenapa tiba-tiba aku merasa aku terlalu memerlukan Nur? Aku terasa
amat menyayanginya. Seperti akan tubuh bunga-bunga kasih di dalam
hatiku terhadap Nur. Aku tidak mahu kehilangan Nur. Aku mahu dia
menjadi sebahagian dalam diriku.
“ Subahanallah!”
aku beristigfar. Perlahan-lahan, mataku terpejam. Dan wajah Nur
menjadi mimpiku malam itu.
“ Encik
Haq! Meeting
in fifteen minutes!”
jeritan walid mematikan lamunanku. Aku tersedar sambil tersenyum. Aku
mula sedar, aku sudahpun bertemu dengan wanita yang aku cintai. Nur
Hikmah adalah wanita yang aku cintai. Aku cinta padanya. Tapi,
bagaimana perasaannya terhadapku? Cintakah dia padaku? Adakah sudah
ada perasaan cinta terhadap diriku di dalam dirinya? Nur, adakah kau
juga mencintai aku?