Assalammualaikum.. Hey, guys! Sekarang ni Nadia memang tak boleh nak blogging sangat disebabkan kesibukan yang melampau. Especially untuk first semester exam hujung bulan ni. Nadia menulis hari ni pun sebab merasakan hati dah tak de motivasi lagi untuk belajar. Preparation dah buat, documentation pun dah settle, tapi kenapalah hati ni rasa tak boleh nak study? Badan pun rasa letih dan keinginan mula mati. Mungkin Nadia terlalu memikirkan hal-hal yang tak penting agaknya. Hal-hal kecik yang kalau tak fikir pun tak apa jugak. Entahlah... Nadia rasa Nadia terlalu.. malas? Letih? Sibuk? Kecewa? Tak boleh nak tafsir apa masalah Nadia sebenarnya.
1. Ditegur Lecturer
Minggu lepas, buka iClass.. nah! Panjang berjela-jela ulasan dari lecturer tentang attitude kelas kami. Jelas sangat dah, kelas kami ni menjelang final masing-masing dah macam tak boleh absorb ilmu. Nervous kah kami ni? Bila Nadia baca ulasan tu, nak nangis pun ada jugak! Walaupun Encik M sebenarnya menegur segelintir sahaja student yang langsung tak nak buka iClass, tapi tiap bait kata-katanya hampir semua terkena di batang hidung sendiri. Usaha yang tipis, tidak memungkinkan dapat result yang gempak, hilang fokus, asas pun lemah... semua memang terkena di batang hidung Nadia sendiri. Nadia akui untuk subjek tu, Nadia sangat-sangat tak boleh nak absorb ilmu melainkan kalau masuk kelas, lecturer explain dan barulah motor otak ni berjalan sikit. Nadia pun mula rasa benci dengan perangai Nadia yang terlalu bergantung pada notes dan lecturer sedangkan PJJ sebenarnya perlu usaha dan inisiatif kita sendiri untuk berjaya. Bila ditegur oleh lecturer, macam wake up call sebenarnya. Nadia terima teguran itu dengan hati yang terbuka dan yakin sekiranya Nadia berubah, Nadia mampu untuk menjayakan exam kali ni.
2. Dihantui kisah silam
Nak exam ni, Nadia mula tak boleh tidur. Peristiwa silam ambil exam masa 1st time study dulu mula menghantui diri. Nadia dah mula takut dan rasa tak yakin. Macamana kalau perkara dulu berlaku lagi? Dulu subject account, sekarang subject lain pula? Nadia mula bangun dan study. Tapi, Nadia tak boleh lupakan peristiwa gagal tu! Nadia kadang-kadang menangis bila mengenangkan betapa sayangnya...! Kalau Nadia belajar rajin-rajin, mungkin Nadia boleh berjaya. Nadia tak nak kecewa macam dulu lagi! Kalau boleh Nadia nak pastikan kali ni, walaupun tak cemerlang, Nadia nak lulus semua subject tanpa ada kecacatan walaupun sedikit. Tak nak berharap yang cemerlang, cukup sekadar lulus dan dapat pointer yang baik.
3. Masa yang pendek
Nak luangkan masa dengan family pun Nadia tak sempat. En. Beruang pun sibuk kerja sekarang ni. Entahlah!!!
Banyak lagi masalah yang menekan sebenarnya. Nadia harap you all tolonglah doakan kejayaan Nadia. Nadia harap Allah S.W.T menenangkan jiwa Nadia yang tengah kacau ni..
No comments:
Post a Comment