Friday, June 26, 2015

Human Trafikking and Child Pornography

Salam Ramadhan! Nadia betul-betul sibuk sekarang ni. Mana exam Amali Sains lagi, rumah lagi and my assigment-classes lagi (futher study after 10 years). Ni pun sebab dah pening, so take a break dari buat assignment ( Sorry lecturers, saya akan jadi student yang rajin lepas ni!). Ramadhan kali ini, Nadia seriously enjoy sahur. Makan sahur macam makan berbuka. Bila berbuka, makan sikit pula macam bersahur. Cuma semalam aje tersasul beli dekat bazaar sebab dah surrender, tak larat.

Nadia tiba-tiba jadi fokus tentang isu pedofilia and laman web lucah kanak-kanak yang sedang berleluasa sekarang ni. Beberapa ketika lalu, kita dikejutkan dengan isu kem pelarian haram Rohingya yang bertukar menjadi kem 'kematian' di utara tanah air. Sekali imbas, macam kes Khmer Rogue pun ada juga. Cuma yang membezakan antara kedua-dua kes ni ialah, yang satu tu kem tahanan perang, yang satu lagi kem seludup manusia.

For your information, kes pemerdagangan manusia ni dah lama berlaku. Lebih 20 tahun yang lalu, bahkan entah-entah 50 tahun yang lalu lagi memang dah ada kes-kes macam ni, cuma ianya tidak pernah berlaku di Malaysia waktu tu. And people never aware. Kes ni memang dah lama berlaku, cuma kita tidak didedahkan dengan perihal pemerdagangan orang ni. Yang kita tahu, seludup dadah and senjata api. Ingat tak, pada zaman Jahiliah Arab Quraisy dulu, mereka ada hamba di setiap rumah. Sebenarnya, itu pun sudah dikira meperdagangkan manusia untuk dijadikan hamba. Bekerja tanpa gaji, diseksa setiap hari, dinafikan hak sebagai manusia, malah anak-anak hamba pun dianggap hamba juga untuk seumur hidup. So, apa bezanya dengan mangsa pemerdagangan manusia sekarang ni? Sama sahaja cuma, waktu tu tak ada akta. Sekarang dah ada akta dan kebanyakan negara juga berusaha keras untuk membanteras pemerdagangan manusia ni. Thailand misalnya, ada akta dan task force untuk kes-kes pemerdagangan manusia ni. Mereka membanteras sekeras-kerasnya kerana kes ini boleh dikatakan agak berat dan macam dah jadi satu industri dekat negara mereka.

Mangsa ni diseludup untuk apa? Mostly untuk industri seks dan illegal organ transferring. Nadia teringat ada menonton sebuah dokumentari ' Asia Underworld' di Ci Network ( ASTRO CH732). Mereka diperdaya dengan janji akan diberikan kerja yang boleh menjamin kehidupan keluarga, namun bila sampai dipaksa melacur. Lebih mengerikan, ada seorang mangsa diculik ketika berumur 8 tahun dan dipaksa menjadi pengemis kemudian dijual kepada brothel ketika berumur 15 tahun ( Tingkat 3 ye, adik-adik) Melacur sejak 15 tahun! Ada juga kes, mangsa diculik dan dijadikan pengemis, masa mengemis kena rogol and terus dijual ke ibu ayam. Yang lagi ngeri, budak lelaki pun tak terkecuali tau.

Itu zaman basic, masa belum ada CD dan DVD serta internet lagi. Bila dah hi-tech sikit, dipaksa pula berlakon filem porno. Budak-budak! Bayangkan, baya anak-anak anda, baya cucu-cucu anda, belum pandai apa-apa lagi. Kalau bahasa kasarnya, berhingus lagi. Tapi, sudah menjadi tontonan orang yang tak layak dipanggil manusia dengan penuh rakusnya. Wujudlah pula child pornography. So, adalah pedofilia gila kat luar sana yang tengok. Masa tu belum ada whatsapp, twitter mahupun facebook, youtube jauh sekali. So, jual pun kat black market.

Sekarang ni, bila dah canggih sangat, ada teknologi superimpose, selfie, selca, dan segala mak nenek, kita pun duk gilalah bergambar. Upload kat social media. Satu dunia duk tengok kita berposing sakan. Tapi, tanpa kita sedar ada juga orang yang berhati jahat. Yelah, manusia ni bukan semuanya baik. Ambil gambar kita, post kat laman web lucah, tulis caption " 100 bucks per nite". Di luar pengetahuan kita, kita dah memperdagangkan diri sendiri. Orang kat luar sana duk aim kita, maka terjadilah penculikan dan kes rogol. Yelah, bak kata iklan atas tu tadi. Orang pun ingat kita serius le.

Tengok, canggih tak manusia ni? Lebih-lebih lagi, criminal yang sicko macam tu. Masalahnya sekarang ni, kanak-kanak pun jadi mangsa mereka. Ambil gambar dalam laman sosial, target location and plop! anak kita hilang depan pintu sekolah dengan tidak semena-mena. Hah, macamana boleh hilang anak aku ni? Nangislah dua tiga bulan. Lepas tu, tau-tau jumpa mayat aje, kena rogol atau kena ambil organ.

Sebenarnya, kita sebagai pengguna internet, laman sosial dan macam-macam lagi teknologi ini, kita kena pandai berfikir dan bertindak bijak dalam menggunakan kecanggihan teknologi sekarang ni. Nadia bukan jeles bila orang post gambar anak diorang dalam social media. Cuma mengenangkan ngerinya bila terbayangkan ada orang duk aim anak tu, silap haribulan hilang macam tu aje, Nadia nak pesanlah. STOP POSTING YOUR CHILD'S PHOTO! Memang babies are cute, adorable and sweet. Memang, anak-anak kita itu comel, budak-budaklah kan? Macam Ajigeli tu. And kita ni ghairah le tangkap gambar anak kita, macam-macam posingnya. Berbaju ke tidak, kita tak peduli. Post pula dalam social media. Tanpa kita sedari satu dunia tengok anak kita. And termasuk yang jahat sekali. Seriously, Nadia rimas tengok trend sekarang ni, post gambar anak dalam internet, especially yang belum cukup setahun dan girls! IT'S DANGEROUS!!!!

Orang mesti kata Nadia jeles sebab Nadia tak ada baby lagi. Sukatilah, anak aku comel, aku nak tunjuk kat atuk nenek dia, aku nak tunjuk kat sedara mara, aku nak tunjuk kat satu dunia yang anak aku pandai bergaya, pandai main bola, pandai kenyit mata, pandai gelak. Yes, mesti ada yang cakap macam tu. But, nowadays, people dah tak nice macam dulu. Ini adalah langkah pertama untuk melindungi anak kita. Dan, kalau difikirkan balik, bila kita post gambar anak-anak, especially girls yang tak pakai baju or yang tak sempurna pemakaiannya, bukankah kita dah mendedahkan aurat dia pada orang bukan muhrim ke? So, kenang-kenangkanlah.

Pada yang bagi alasan nak tunjuk kat grandparents tu, boleh. Private mode gambar tu. Hanya untuk tontonan atuk nenek aje. Hadkan siapa yang boleh tengok gambar. Kalau guna whatsapp, hantar melalui private message. Ajigeli pun dah lama ammi dia tak upload gambar di social media. Nak hantar pun pakai whatsapp, private. Bukan tak comel nephew Nadia tu, siap pandai nyanyi lagu lagi. Tapi, ammi dia sangat concern dengan hal-hal macam ni so dia tak nak post gambar Ajigeli lagi.

REMEMBER READERS, YOUR CAN PROTECT YOUR CHILD BY ONE ACTION! STOP POSTING YOUR CHILD'S PHOTO!

No comments:

Post a Comment