Monday, March 23, 2015

kawan berpada-pada....

rasanya dah berabad Nadia tak berblog kan? hehehe...

 Assalammualaikum.. Nadia baru balik bercuti, 4 hari di Perlis. Kalau orang tanya kenapa Perlis? Kenapa tak pergi K.L ke, Legoland ke, Langkawi ke.. ni namanya bercuti ziarah keluarga. Nadia ada keluarga angkat di sana. Masa belajar, ada program anak angkat.. jadi Nadia dah jadi anak angkat untuk satu keluarga di sana. Bonding is so fast. I became their own daughter. Dah lebih kurang 8 tahun sejak program tu. Nadia masih anak angkat mereka yang selalu berhubung, macam anak sendiri. Mudahan segalanya akan kekal begini.

Dalam pada tu, ada seorang kawan lama hubungi Nadia. Biarlah Nadia kenalkan dia sebagai Z saja. Lama kami berbual. Bukan kata tak pernah berhubung. Selalu juga berbual di laman sosial. Dia buka cerita tentang rakan sepejabatnya (K, bukan nama sebenar) yang tengah serabut sekarang ni. Nadia pun tanya, kenapa dia serabut? Katanya, si K itu dihubungi oleh ex-boy nya (N, juga bukan nama sebenarnya) ketika dia sedang belajar dahulu. Katanya rindu dan ingin bersama semula. Masalahnya, dia sudah bersuami dan lelaki itu juga sudah beristeri. Ha....? Ni ada bunga-bunga nak cur... huh!

Soal Nadia lagi, kenapa K tak kahwin dengan N tu dulu? Katanya, K cuba untuk pergi lebih jauh ke arah itu, tetapi N itu seperti gagal memberi komitmen sepenuhnya. Pelbagai alasan diberi apabila K meminta N itu berjumpa dengan orang tuanya. Akhirnya K sendiri give up dan tidak mahu mengharap N itu lagi. Tetapi, yang peliknya N itu bersetuju pula apabila diajak berjumpa di tempat lain ( dengan lain kata, bukan datang ke rumah K dengan penuh hormat dan meminta izin orang tua untuk berkawan) Kiranya dating boleh, komitmen tak boleh. Sebab itulah, K tidak mahu meneruskan hubungannya dengan N. Kiranya lebih dua tahun K menyepikan diri dari N itu. K pun meneruskan hidupnya seperti biasa dan berjumpa dengan suaminya sekarang. Mereka pun berkahwin.

Kata rakan Nadia, K sangat bahagia dengan suaminya, seorang yang baik hati, ambil berat dan berjawatan agak tinggi. Cuma, yang payahnya ialah suaminya duduk berlainan negeri dengannya. Jadi, K jarang berjumpa dengan suaminya. Pun begitu, K tidak menjadikan jarak satu alasan. Suaminya juga selalu pulang ke rumah. Setiap minggu. Namun, sejak sebulan K ini dia kelihatan serabut dan sering termenung. Rakan Nadia ni pun tanyalah. Akhirnya, K membuka cerita tentang N yang sering menghubunginya semula sekarang. Katanya, dia agak kurang selesa. Mulanya N berbual dengan cerita yang biasa, cerita ketika mereka belajar bersama-sama di politeknik dulu. Namun, entah macamana pula tiba-tiba lelaki itu mula meluahkan perasaan (uwek!) rindu kepada K dan berkata alangkah baiknya kalau dia berkahwin dengan K dahulu. Dia mula rasa lain macam, tapi masih berfikiran positif. Mungkin N hanya 'down memory lane'. Jadi, dia pujuk N supaya jangan mengenangkan perkara yang sudah berlaku. Dia hanya menasihati lelaki itu supaya fokus pada kerja.

Tapi, bila dua, tiga hari berbual,N mula terlebih pula 'down memory lane'! Mula minta gambar bukan-bukan, berbual perkara yang pelik-pelik. K ni mulalah pening. Akhirnya, dia macam nak mengalah juga, layankan ajelah asalkan tidak berlebihan. Bila diajak berjumpa, K menolak dengan alasan tidak sopan, kalau nak jumpa kena bawa suaminya sekali. Masalahnya, setiap hari pula N mengganggu. Pening...pening...

Nadia tergamam juga mendengar cerita itu. Macamana pula seorang suami dan bapa sanggup berfikiran pelik begitu. Sampai terlupa kata si K itu sudah bersuami. Akhirnya, Nadia menyuruh kawan Nadia itu supaya menyiasat siapa N sebenarnya. Jadi, kawan Nadia (yang juga hacker terunggul zaman kami belajar itu) mulalah program penyiasatan sendiri mengenai lelaki itu. Siasat punya siasat, rupa-rupanya N sejak dari mula lagi sudah menipu K. Sewaktu mereka belajar dulu, N sudah bertunang dengan seorang gadis. Dan, pada tahun K meminta N datang berjumpa dengan keluarganya, N baru sahaja berkahwin dengan tunangnya itu. Patutlah banyak sangat alasannya! Rupanya dia sudah berkahwin ketika itu! Sah-sah N itu buaya darat besar! Jadi, apa motif dia menghubungi K? Tiada lain melainkan ingin mengganggu dan cuba menggatal semula. Ish, ada juga orang begitu. Cepat-cepat kawan Nadia bagi maklumat pada K. Akhirnya, dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu, membuang nombor telefon dan block supaya N tidak mencarinya lagi.

Itulah dia, kalau nak berkawan, biarlah berpada-pada. Jangan sampai jadi begitu sekali. Kisah dulu janganlah diungkit lagi. Nadia perasan, fenomena macam ni makin menular di kalangan masyarakat sekarang ni. Lagi-lagi, zaman canggih dengan media sosial yang makin menular. Dari nak pergi reunion, 'down memory lane' terus ter'down' lebih pula! Haish, pelik-pelik pula perangai zaman sekarang. Kalau yang bujang-bujang tu tak apalah, ni yang dah ada suami isteri tertonggok di rumah tu, masih lagi nak cari lain. Nasihat Nadia, kita berkawan mesti beringat. Jangan melebih batasannya. Otak tu kalau boleh biarlah berjalan sikit. Jangan mudah tergoda. Nanti dah dapat yang baik, cantik, bahagia.. terus lingkup! Hah... apa dah jadi...

Udang sama udang,
Tak sama anak tenggiri,
Bujang dengan bujang
Yang dah kahwin minggir ke tepi!!!

kah..kah..kah... ok.. bye!!! 

No comments:

Post a Comment