Monday, March 23, 2015

2014 vs 2015...

Assalammualaikum! Alhamdulillah, hari ni 2hb Jan 2015. Macam tak percaya aje 2015 muncul. Poing!!! Macam roti melompat dari toaster. Lamanya Nadia tak berblog( bahasa baru?) Kesibukan kerja dan rumah buat Nadia jadi letih nak menulis ni. Balik keje, masak, makan dengan Mr. Teddy, dia gi kerja, Nadia lepak tengok CSI pastu tido. Macamana nak menulis? Jari pun dah lenguh! Hehehe! Okay, opening untuk tahun ini ialah kita recap balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2014 ni. Banyak betul peristiwa yang menggemparkan Malaysia dan dunia (wah, global sangat!)So, let's go... #throwback2014!!!

1. Piala Dunia Brazil 2014
"La..la..la..la..la..la..la..la..la..la..la..la... i dare you!" wah, syok orr lagu rasmi Brazil 2014 nyanyian Shakira ni! Tiap-tiap tahun memang gempak la kalau mak si Milan ni menyanyi lagu tema World Cup. Bercerita tentang World Cup 2014 ni, ramai yang masih ingat insiden memalukan 7-0 Jerman-Brazil. Kesian Brazil.. Lagipun star player tak ada pula masa tu. Neymar cedera teruk sebelum semi final (main kasar nampak!) Tapi paling highlight lagi ada insiden gigi tu! Hahaha! Sampaikan ada parodi tentang hal tu...Luis Suarez paling hot dengan topik gigi tu.. sabar ajelah! Dalam pada kita duk sibuk menyokong pasukan World Cup 2014, terselit pula kisah rusuhan di luar stadium berikutan masalah ekonomi negara terbabit. Apa-apa hal pun, settle la elok-elok. Tak baik tau kalau tak bayar gaji pekerja-pekerja yang banyak bertungkus-lumus memajukan negara...

2. Pergolakan di Gaza
Dalam pada kita leka dengan World Cup, muncul pula cerita tentang pergolakan di Tebing Gaza antara kaum Yahudi dan umat Islam di sana. Sedihnya apabila melihat semangat umat Islam kita yang tidak putus-putus berusaha sehingga mencapai kejayaan di dalam peperangan itu. Semangat perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T itu wajib dicontohi oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia. Macam-macam kita lakukan untuk menghentikan serangan kejam ke atas Gaza, contohnya memboikot semua barangan dari keluaran luar negara yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Mc D pun lengang dek kerana diboikot di seluruh Malaysia. Hm.. sama-samalah kita berdoa semoga semuanya akan selamat dan dirahmati Allah S.W.T selamanya.

3. MH 370, MH 0017, QZ8501
Wah, yang ini memang kes hot in season! Bila Nadia surf Youtube, search aje airplane, plane, airlines, kes MH 370 yang pertama keluar dalam search. Misteri masih menyelubungi kisah kapal terbang itu. Hijack, Diego Gracia, military weapon, microchip rahsia, Philip Wood... banyak betul teorinya. Sampaikan kita pun tak pasti mana satu yang betul. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Cerita MH 0017 pula. Ada yang kata sengaja ditembak, ada yang kata tak sengaja, ada yang kata juruterbang cari nahas lalu dekat ruang udara kumpulan pemisah Ukraine, ada yang kata ni agenda US dengan sekutunya.. banyak sangat ceritanya. Namun, Nadia harap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik agar kita semua dapat pengakhirannya, tak kisahlah baik atau buruk. Janji ada penamat, tak nak tergantung macam tu aje. Takziah juga kepada keluarga mangsa-mangsa nahas QZ8501 yang terhempas baru-baru ini. Semoga tabah menempuh segala rintangan dan cabaran ini. Macam-macamlah!

4. Wabak penyakit EBOLA dan MERS-CoV
Canggih tau wabak ni! Merebak melalui udara dan sentuhan. Ramai juga yang menjadi korban EBOLA NI. MERS-CoV ni pula ialah viral respiratory disease yang menjangkit pesakit terutamanya yang baru balik dari negara Timur Tengah..

5. Banjir Pantai Timur
Banyak kerugian disebabkan bencana alam ni. Banyak juga nyawa yang terkorban. Banyak juga isu berbangkit. Kisah bekalan makanan yang tidak sampai di pusat-pusat perlindungan banjir, kisah helikopter yang gagal mendarat ketika menghantar bekalan, persoalan kenapa Malaysia tidak mengisytiharkan darurat, kisah tentang beras dan politik. Apa-apapun, diharapkan mangsa-mangsa banjir tabah mengharungi dugaan ini. Insyaallah, ada sinar menanti anda semua.

Itu sahaja recap yang Nadia boleh tulis dalam blog ini. Sempena 2015 ini, Nadia berdoa semoga kita semua akan terus berjaya dan dirahmati oleh Allah S.W.T sentiasa. Kepada yang sudah menukar status pada tahun 2014, tahniah diucapkan. To my besties ( Amirah's Craft owner), selamat menempuh alam rumah tangga. Hehehe..kepada kawan-kawan yang menjadi ibu

kawan berpada-pada....

rasanya dah berabad Nadia tak berblog kan? hehehe...

 Assalammualaikum.. Nadia baru balik bercuti, 4 hari di Perlis. Kalau orang tanya kenapa Perlis? Kenapa tak pergi K.L ke, Legoland ke, Langkawi ke.. ni namanya bercuti ziarah keluarga. Nadia ada keluarga angkat di sana. Masa belajar, ada program anak angkat.. jadi Nadia dah jadi anak angkat untuk satu keluarga di sana. Bonding is so fast. I became their own daughter. Dah lebih kurang 8 tahun sejak program tu. Nadia masih anak angkat mereka yang selalu berhubung, macam anak sendiri. Mudahan segalanya akan kekal begini.

Dalam pada tu, ada seorang kawan lama hubungi Nadia. Biarlah Nadia kenalkan dia sebagai Z saja. Lama kami berbual. Bukan kata tak pernah berhubung. Selalu juga berbual di laman sosial. Dia buka cerita tentang rakan sepejabatnya (K, bukan nama sebenar) yang tengah serabut sekarang ni. Nadia pun tanya, kenapa dia serabut? Katanya, si K itu dihubungi oleh ex-boy nya (N, juga bukan nama sebenarnya) ketika dia sedang belajar dahulu. Katanya rindu dan ingin bersama semula. Masalahnya, dia sudah bersuami dan lelaki itu juga sudah beristeri. Ha....? Ni ada bunga-bunga nak cur... huh!

Soal Nadia lagi, kenapa K tak kahwin dengan N tu dulu? Katanya, K cuba untuk pergi lebih jauh ke arah itu, tetapi N itu seperti gagal memberi komitmen sepenuhnya. Pelbagai alasan diberi apabila K meminta N itu berjumpa dengan orang tuanya. Akhirnya K sendiri give up dan tidak mahu mengharap N itu lagi. Tetapi, yang peliknya N itu bersetuju pula apabila diajak berjumpa di tempat lain ( dengan lain kata, bukan datang ke rumah K dengan penuh hormat dan meminta izin orang tua untuk berkawan) Kiranya dating boleh, komitmen tak boleh. Sebab itulah, K tidak mahu meneruskan hubungannya dengan N. Kiranya lebih dua tahun K menyepikan diri dari N itu. K pun meneruskan hidupnya seperti biasa dan berjumpa dengan suaminya sekarang. Mereka pun berkahwin.

Kata rakan Nadia, K sangat bahagia dengan suaminya, seorang yang baik hati, ambil berat dan berjawatan agak tinggi. Cuma, yang payahnya ialah suaminya duduk berlainan negeri dengannya. Jadi, K jarang berjumpa dengan suaminya. Pun begitu, K tidak menjadikan jarak satu alasan. Suaminya juga selalu pulang ke rumah. Setiap minggu. Namun, sejak sebulan K ini dia kelihatan serabut dan sering termenung. Rakan Nadia ni pun tanyalah. Akhirnya, K membuka cerita tentang N yang sering menghubunginya semula sekarang. Katanya, dia agak kurang selesa. Mulanya N berbual dengan cerita yang biasa, cerita ketika mereka belajar bersama-sama di politeknik dulu. Namun, entah macamana pula tiba-tiba lelaki itu mula meluahkan perasaan (uwek!) rindu kepada K dan berkata alangkah baiknya kalau dia berkahwin dengan K dahulu. Dia mula rasa lain macam, tapi masih berfikiran positif. Mungkin N hanya 'down memory lane'. Jadi, dia pujuk N supaya jangan mengenangkan perkara yang sudah berlaku. Dia hanya menasihati lelaki itu supaya fokus pada kerja.

Tapi, bila dua, tiga hari berbual,N mula terlebih pula 'down memory lane'! Mula minta gambar bukan-bukan, berbual perkara yang pelik-pelik. K ni mulalah pening. Akhirnya, dia macam nak mengalah juga, layankan ajelah asalkan tidak berlebihan. Bila diajak berjumpa, K menolak dengan alasan tidak sopan, kalau nak jumpa kena bawa suaminya sekali. Masalahnya, setiap hari pula N mengganggu. Pening...pening...

Nadia tergamam juga mendengar cerita itu. Macamana pula seorang suami dan bapa sanggup berfikiran pelik begitu. Sampai terlupa kata si K itu sudah bersuami. Akhirnya, Nadia menyuruh kawan Nadia itu supaya menyiasat siapa N sebenarnya. Jadi, kawan Nadia (yang juga hacker terunggul zaman kami belajar itu) mulalah program penyiasatan sendiri mengenai lelaki itu. Siasat punya siasat, rupa-rupanya N sejak dari mula lagi sudah menipu K. Sewaktu mereka belajar dulu, N sudah bertunang dengan seorang gadis. Dan, pada tahun K meminta N datang berjumpa dengan keluarganya, N baru sahaja berkahwin dengan tunangnya itu. Patutlah banyak sangat alasannya! Rupanya dia sudah berkahwin ketika itu! Sah-sah N itu buaya darat besar! Jadi, apa motif dia menghubungi K? Tiada lain melainkan ingin mengganggu dan cuba menggatal semula. Ish, ada juga orang begitu. Cepat-cepat kawan Nadia bagi maklumat pada K. Akhirnya, dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu, membuang nombor telefon dan block supaya N tidak mencarinya lagi.

Itulah dia, kalau nak berkawan, biarlah berpada-pada. Jangan sampai jadi begitu sekali. Kisah dulu janganlah diungkit lagi. Nadia perasan, fenomena macam ni makin menular di kalangan masyarakat sekarang ni. Lagi-lagi, zaman canggih dengan media sosial yang makin menular. Dari nak pergi reunion, 'down memory lane' terus ter'down' lebih pula! Haish, pelik-pelik pula perangai zaman sekarang. Kalau yang bujang-bujang tu tak apalah, ni yang dah ada suami isteri tertonggok di rumah tu, masih lagi nak cari lain. Nasihat Nadia, kita berkawan mesti beringat. Jangan melebih batasannya. Otak tu kalau boleh biarlah berjalan sikit. Jangan mudah tergoda. Nanti dah dapat yang baik, cantik, bahagia.. terus lingkup! Hah... apa dah jadi...

Udang sama udang,
Tak sama anak tenggiri,
Bujang dengan bujang
Yang dah kahwin minggir ke tepi!!!

kah..kah..kah... ok.. bye!!!