Yup, that's what I wanna talk this night.....
Assalammualaikum readers sekalian! Sambil melayan lagu-lagu jiwang ni and my precious Gwiyomi yang sedang sedap tidur di tepi pintu bilik, Nadia teringatkan apa yang berlaku di sekolah pagi tadi. My..my..! Bila dilihat-lihat balik, budak-budak sekolah sekarang ni jauh lebih extreme berbanding kita dulu-dulu, kan? Nadia sendiri boleh bezakan. Bila kita bekerja dengan pelajar-pelajar ni, kita boleh nampak betapa jauh berbezanya kita dan mereka dahulu. Dari segi high spirit sampailah kepada pergaulan kita dengan kawan-kawan, jauh berbeza!
There's something lack about those student.. they are talented and good.. but....?
Bukanlah nak kata student ni teruk sangat. They strive for their achievement. Tapi, student sekarang ni kekurangan sesuatu di dalam diri mereka which is discipline. Jauh berbeza dengan kita dulu. Bila cikgu tengking, kita membatu di atas kerusi. Budak-budak sekarang, lagi ditegah, lagi mengganas! Kadang-kadang, cikgu pun naik menyampah! Cikgu pun masih manusia. Walaupun ikutkan sebagai seorang cikgu, kita kenalah sabar mengajar budak, tapi kalau dah melampau sangat sampai boleh cakap dengan cikgu, " Ya, saya memang kurang ajar! Cikgu nak buat apa dengan saya?!", tak ada manusia yang hidup di muka bumi ni yang tak marah. Tipulah kalau dia cakap yang dia boleh bersabar. Sebenarnya, tindakan cikgu-cikgu tu pun dah melambangkan sendiri apa yang dia rasa. Kalau lepas student marah macam tu, dia buat tak tahu saja walaupun dia senyum, itu maksudnya dia tak nak ambil tahu lagi tentang student tu. Itu pun dah dikira marah juga.
Ada juga student yang cakap cikgunya poyo sebab beria sangat bila melakukan sesuatu. Tapi, mereka tak tahu. Cikgu tu amat concern sekali dengan keadaan student itu. " Cikgu jangan nak sibuk hal saya! Mak bapak saya pun tak ambil tahu, kenapa cikgu sibuk sangat nak tahu!?"...tak patut sangat tu! Sedangkan cikgu itu menangis di dalam hati kerana takut student itu memusnahkan diri sendiri dan menyesali perbuatannya kelak! Tapi, student masih ingat cikgu tu busybody sangat... Hmm.. apa tu? Sebab tu cikgu sekarang cenderung untuk mendenda pelajar dengan cara yang pelik. Sebab student pun suka buat benda pelik juga! Student gangster, cikgu pun terpaksalah jadi begitu walaupun dia tak suka!
Pernah dengar tak ni...? Kalau kita melawan guru, ilmu yang dituntut tidak berkat?
Betul! Melawan guru ni sama juga macam melawan mak ayah kita. Guru ibarat mak ayah kita di sekolah. Nadia bercakap ni bukan sebarangan. Nadia bercakap dengan pengalaman sendiri. Nadia teringat masa Nadia belajar subjek Business Law. Nadia suka melawan lecturer tu masa kelas tutorial. As a result, I got C- in that subject although I love Law so much. Disebabkan rasa benci pada lecturer tu, Nadia tak boleh absorb langsung ilmu tu sebab duk terbayang-bayang dia marah Nadia. Subjek yang boleh score terus terbenam sem tu. Nasiblah dapat C-.. kalau dia bagi D, nak kena repeat lagi! Sebenarnya, dalam pada dia geram tu.. dia tetap juga bagi Nadia lulus. Hehehe! Agaknya dia tak nak jumpa Nadia lagi kot! Hahaha! Tapi, the point is.. Kalau kita melawan guru, ilmu yang kita dapat tak berkat. Best student sekalipun, kalau tak ada guru, tak adalah title best student tu. Mana boleh tuntut ilmu tak ada guru! Itu namanya ilmu sesat!
So, guru-guru di luar sana, nak buat macamana untuk kemaslahatan perhubungan kita dengan student?
Kita boleh bersabar, tapi sampai bila? Heh! Tapi, kalau kita selam isi hati student kita, mungkin kita tahu sebenarnya mereka tak ada niat pun nak lukakan hati kita. Kita dah berusaha. Masa akan menentukan segalanya. Kepada guru yang denda student dengan denda yang pelik, jangan judge diorang. Entah-entah, masa dia student dulu, cikgu dia ajar macam tu. Jangan fikir macam tu. Dia ada alasan sendiri. Kita hanya mampu berdoa agar satu hari nanti mereka akan sedar dan insaf sendiri...
Akhir kata...
Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh Malaysia. Anda insan terpilih sebenarnya kerana ada sesuatu yang istimewa pada diri anda yang melayakkan anda menjadi orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain. Buat guru-guru saya, Cikgu Azizahtun Jameah (guru kelas darjah 1 Cemerlang), Cikgu Lee ( guru kelas darjah 5 Bijak), cikgu kelas 6 Bijak ( yang Nadia tahu namanya tapi tak sure jadi tak berani nak tulis), guru kelas tingkatan 1A2 & 2AA2 di SMK (P) TLDM, LUMUT (1993-2001), guru kelas 3A5, 4SC4, 5SC3, L6B di SMK METHODIST ACS, SITIAWAN (2002-2005).. andalah insan yang bertuah kerana terpilih mengajar kami. Juga tak lupa untuk sekolah hidup yang mengajar Nadia erti kesengsaraan hidup dari bawah, kilang Y yang tersergam indah, itulah sekolah hidup yang paling berkesan yang mengajar Nadia supaya berpijak di bumi yang nyata. Also for cikgu-cikgu SMK METHODIST AYER TAWAR, anda semua yang terhebat kerana mampu bersabar sebagai pendidik.. also for all my teachers.. Pn Rabita Jali (my English teacher yang tak pernah jemu mendidik Nadia sampai boleh speaking bersepai sekarang), my luvly Pn. Azizahtun Jameah (tamparan cikgu buat saya jadi manusia sekarang), Cikgu Zuraini (yang sentiasa senyum walaupun letih dengan kami), Miss Lee ( saya masih benci math, cikgu.. but I am a good person now!), Cikgu Lutfi ( my first science teacher, i still remember the first experiment.. acid and alkali) My standard 6 Science teacher ( now i know the answer for your lifetime quiz.. why ship still float on the water although it made by iron..)My ustazah Husna (yang ajar Nadia teknik paling best untuk jawab soalan P.I)my dearest Pn. Rosidah (yang masih anggun hingga ke saat ini..) all my SPM'S teacher especially Pn Che Suzanah ( BM dapat A sebab cikgu tak pernah putus asa ajar saya) my History teacher ( cabaran cikgu buat saya berusaha), Mr Choong FK ( the miracle happends when you turn this 0 student into PASS student in Add Math!) And.. all the teachers in this world!!
HAPPY TEACHERS DAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Friday, April 25, 2014
Friday, April 11, 2014
when it's hard to be.... ME..~~~~
Sebenarnya, banyak kali jugalah Nadia teragak-agak untuk menulis. Bila hati bercampur baur dengan perasaan yang tak menentu tu buat Nadia terfikir sesuatu perkara yang sangat tidak memuaskan hati. But, it is a common thing to be unsatisfied with our life. Sometimes, we think that the grass over the other field is more greener than us.
Ini bukan soal tidak puas hati kerana orang lain lebih dari kita. Cuma tak puas hati kenapa orang suka tak puas dengan apa yang kita ada. Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian oleh Allah. Kadang-kadang, kenapa kita sebagai manusia mesti nak mempertikaikan keadaan orang lain. Bukan salah dia kalau dia dilahirkan dengan badan yang cantik, otak yang cerdik dan personaliti yang menarik. Kenapa kita tidak kenal dulu hatinya sebelum buat apa-apa spekulasi. Sebagai contoh, kita selalu melabelkan perempuan yang seksi tu sebagai seseorang yang tidak bermoral. Tapi, cuba kita kenal dulu hatinya. Kenal dulu dirinya daripada kita terus memandangnya dengan pandangan kita yang sebenarnya tidak bermoral tu. Bukan semua perempuan seksi tu tak bermoral. Adakalanya, antara mereka memang dilahirkan dengan badan yang cantik, kalau dia pakai apapun tetap nampak seksi. Dia tidak boleh mengubah hakikat itu. Dan, kita masih terus menerus memandang dia dengan pandangan yang serong tanpa mengenal hatinya yang sebenarnya tidak rela dilabel sebagai perempuan seksi.
Sama juga macam perempuan berbadan besar. Kita memandang dia dengan pandangan yang menjijikkan. Bila dia serba kekurangan, sudah lama berkahwin tapi tak punya anak, kita salahkan faktor badannya yang besar itu sebagai punca. Bila dah mula begitu, kita akan salahkan dia sebab tak jaga badan. Sebab tu, gemuk! Salah! Anak adalah anugerah dari Allah S.W.T. Kita ni siapa yang nak persoalkan semua tu?! Ini semua kerja Allah S.W.T. Dan, kita masih tetap menempah dosa sebab mengumpat tentang dia. Padahal kalau kita ambil berat dan tanya adakah dia ada masalah, kita akan tahu isi hatinya. Mungkin ada sebab kenapa dia jadi begitu. Kita boleh mendoakan kesejahteraan dia, semoga dapat anak, hidup aman damai. Tapi, kita masih memandang dia dengan pandangan yang sinis.
Setiap yang berlaku ada alasannya. Setiap apa yang diciptakan Allah S.W.T itu adalah atas keredhaan-Nya. Kita ni manusia, selalu khilaf dalam membuat urusan harian. Jadi, kita yang memandang ni hanya perlu berdoa agar kekhilafan tu tak berlaku lagi. Bukan terus memandang dengan sentimen yang bukan-bukan. Entahlah! Kadang-kadang, Nadia rasa sebagai manusia ni kita lebih suka berfikir buruk tentang diri orang lain, tak pernah bersangka baik. Sebenarnya, Nadia pun ada kalanya begitu juga. Namun, Nadia sedar. Mengata orang lain bukan ada manfaat pada kita pun! Bukannya kita dapat keuntungan apa-apa. Orang yang kena kata tu masih tetap dengan dirinya. Kalau kaya, kayalah dia. Kita yang mengata dia ni bukan dapat pun rasa kekayaan dia tu. Buat tambah dosa sendiri.
#sekadarperingatan..

Subscribe to:
Posts (Atom)