Assalammualaikum.. wah, cukup lama tak menulis! Nadia sangat busy sekarang sebab dah mula sambung belajar. Between my job, my houshold and full with classes and assignment, tests, quiz.. Nadia boleh rasakan yang Nadia dah cukup sibuk sekarang ni. Oh, plus..a new kitten! Hehehe.. the previous one (Gwiyomi) unfortunately gone missing, so Nadia mula-mula tak nak bela yang lain. Tapi, semalam ternampak si comel belang oren tu, terus rasa kesian dan bawa balik. So, back to basic. Potty train dan bagi makan wet food. Kucing tu sebelah matanya buta dan ada kutu sikit so kena bawa pergi vet petang ni for some consultation. Hopefully our Mae ( his name.. yes.. a male kitten) can recover soon.
Oh, mesti korang pelik kenapa Nadia letak tajuk tu. Macam nak buat karangan kan? Sebenarnya, kebelakangan ni a lot of chaos happened. Kita dikejutkan dengan perihal Plaza Low Yatt, kemudian disusuli dengan penurunan nilai ringgit. Kemudian, some politics and pemilihan jawatankuasa MOM. Ada juga cerita tentang pembaharuan dalam kementerian and so on. Tu yang general. Yang in-house pun ada juga. Biasalah! Mana-mana pergi pun mesti ada orang bergaduh itu dan ini. Kalau semua baik, tak adalah pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'.
Nadia tak nak ulas tentang politik and benda-benda pelik (contohnya derma 2.6 billion tu) because 1; Nadia seriously tak minat nak cerita tentang hal-hal macam tu, 2; Nadia tak ada bukti nak cerita bukan-bukan tentang hal tu, 3; Nadia tak suka terpengaruh dengan hal-hal viral media sosial sebab ada kalanya benda tu betul tapi ada yang ditokok semata-mata. Contohnya pasal kes ribut tu. Ada yang beria-ia kata tornado dah sampai kat Malaysia ni. Kelam kabut Malaysia dibuatnya. Ada pula orang ambil kesempatan cakap, kiamat dah dekat. Haish! Macamana dia boleh tau? Sepatutnya kita sebagai manusia memang takkan tahu bila kiamat nak datang. Tu semua kuasa Allah S.W.T. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui Akan Sesuatu. Kita dibekalkan dengan petunjuk, tapi hal-hal macam tu hanya Yang Maha Esa saja yang tahu. Kun fa ya kun. Kita sebagai hamba kena berdoa semoga mangsa-mangsa ribut kat luar sana selamat di bawah lindungan Allah S.W.T. Kena selalu berdoa semoga kita ditempatkan di sisi-Nya kelak dan dijauhkan dari membuat dosa.
Ok, berbalik kepada tajuk (melalut aje!). Bergaduh. Selalunya 'event' ni terjadi bila satu pihak tak setuju, tak puas hati atau dendam dengan pihak lagi satu. Bergaduh pun ada beberapa tahap. Tahap 'perang dingin', gaduh mulut, gaduh pukul, gaduh manja, gaduh bincang, kejap gaduh, kejap tak (hehe), gaduh main-main, gaduh serius dan gaduh sampai mati (ni memang serius). Apa yang Nadia tengok kebanyakan kes gaduh macam 'perang dingin' atau silent treatment berlaku dalam rumah tangga. Biasanya, bila dah meluat sangat, diam lagi selesa. Gaduh mulut tu biasalah. Kat kedai mamak pun boleh bergaduh. Mulut je. Tapi, inilah punca kepada semua pergaduhan yang seterusnya tadi, sampailah ke peringkat akhir. Sebab tulah orang cakap lidah lebih tajam dari pedang.
Nadia bagi contoh; Pak Ali dengan Pak Mat duduk kat warung cerita pasal bola. Pak Mat marah sebab Perak kalah dengan Kelantan. Pastu marah lagi bertambah sebab Perak kalah 4 perlawanan. Pak Ali pula kutuk team Perak sebab kalah. Lepas tu, dia cakap Perak memang tak terer main bola. Pak Mat (yang juga berasal dari Perak) marah le Pak Ali. Dia kutuk pula team bola yang Pak Ali sokong, cakap main tipu bolehlah! Pak Ali (yang dah merah matanya) mulalah hangin! Dia pun mula tinggikan suara. Pak Mat bila dah kena sergah, mula naik hantu. Hentak meja kedai kopi. Lepas tu dua-dua diam. Boleh cool down sebenarnya. Tapi datang pula si Husin dari belakang api-apikan lagi Pak Mat yang sedang membara dengan video menayangkan pasukan Perak kalah dengan Kelantan hari tu. Siap buat ulang tayang lagi jaringan gol berbisa pemain Kelantan. Pak Ali pun tumpang gelak. Pak Mat yang betul-betul marah tu, bangun dari kerusi terus tumbuk muka si Husin tu. Pak Ali yang back up Husin pun kena sekali. Tapi, entah macamana Pak Mat lupa yang Pak Ali tu ada sakit jantung. 1 swing je, orang tua tu rebah langsung meninggal. Innalillah..
Hah! Macamana tu? Siapa nak jawab? Siapa yang wajib dipersalahkan dalam hal ni? Pak Mat yang memang tengah marah, Pak Ali si pihak lawan atau Husin si batu api? Pada Nadia semua orang bersalah dalam hal ni. Sepatutnya masing-masing perlu mengawal kelakuan sendiri. Contohnya Pak Mat. Dia kena terima hakikat Perak kalah dengan Kelantan. Walaupun perit, nak buat macamana tak ada rezeki. Kot ye pun fanatik sangat, janganlah terbawa-bawa dek perasaan. Tahun depan kan ada lagi. Pak Ali pun, kalaulah kawan tu dah marah, tenangkanlah dia. Jangan kutuk lagi. Pak Mat masih panas tu. Eloklah kalau Pak Ali tu bersikap neutral. Ataupun ajak Pak Mat bercerita soal lain. Jangan disiram minyak ke dalam api, makan muka sendiri. Husin tu pun satu hal juga! Dah dengar orang tua bergaduh, jangan masuk campur sangat. Sama ada jernihkan keadaan atau buat tak tau aje. Kan senang..
Cara-cara mengelak dari bergaduh:-
1. Bila satu pihak dah tinggi suara, diam dulu. Biarkan dia bersuara. Biar dia luahkan apa yang ada dalam hatinya. Jangan lawan cakap dia dengan menengking. Ada faedah mendiamkan diri. 1: boleh cari point nak bela diri atau lawan,2: bila orang nampak kita diam, pergaduhan cepat reda.
2. Jangan menambah lagi kemarahan pihak lain. Cuba bertenang dan jika gagal dibawa berbincang beri pihak itu masa untuk berfikir. Jangan cuba mencabar kesabaran pihak lain dengan ejekan atau cakap-cakap mengarut. Bersabar dulu.
3. Kalau dah sampai mengancam nyawa, cubalah melawan. Tapi, dengan cara yang berhemah agar tak ada pihak yang cedera dan kes pergaduhan tak berlarutan sampai ke balai. Mungkin kalau ada skill martial arts, boleh juga digunakan tapi dengan cara yang tidak menyakitkan orang lain.
4. Kalau tengok orang bergaduh, jangan bersorak macam tengok Piala Dunia! Tu hanya perbuatan orang zaman tak bertamadun aje. Ni bukan zaman batu atau gladiator yang nak tengok orang berbunuh-bunuh sesama sendiri. Haa.. yang ni selalu jadi dekat sekolah kan? Daripada korang bersorak, lebih baik leraikan pergaduhan tu. Tak kisahlah siapa yang betul ke tidak, leraikan dulu sebelum ada yang cedera.
5. Jangan mengapi-apikan pihak yang sedang bergaduh. Apatah lagi buat tambahan cerita pula! Yang ini memang akan buat pergaduhan jadi lebih besar dan rumit. Kalau ada pihak datang mengadu, dengar dulu aduannya. Minta pula dengar aduan pihak satu lagi. Dan, kalau boleh selesaikan ajelah.
6. Yang ni Nadia memang sangat tidak menggalakkan korang semua buat. Tolong jangan ambil video atau gambar masa pergaduhan tu berlaku, lebih-lebih lagi kalau tak tau cerita sebenarnya. Lainlah kes buli. Yang tu kena ambil untuk bukti. Kalau dah terambil atau secara tak sengaja terakam, kalau tahu hal sebenar, serahkan aje kepada pihak berkuasa. Jangan sebarkan dalam internet pula! Bukan apa, sekeping gambar membawa seribu maksud yang berbeza. Macam kes Low Yatt tu... kan bahaya sebab dah melibatkan perkauman. Kalau tak tahu hujung pangkal lebih baik jangan campur. Bila dah jadi besar, diri sendiri akan susah nanti...
Itu dia kesimpulan yang Nadia boleh ajukan untuk kali ni. Tajuk ni akan bersambung ke bahagian kedua nanti.. Akhir kata, say no to war and WORLD PEACE!!!
wassalam!