Salam Lebaran semua! Nadia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana selesai sudah berpuasa dan berhari raya. Raya tahun ini Nadia sambut dengan penuh sederhana. Tapi, penuh dengan keistimewaan berbanding raya-raya sebelum ini.
Untuk pertama kalinya, setelah hampir beberapa tahun tidak pulang beraya ke kampung sebelah ayah, tahun ni Nadia, mak, ayah dan Acu Min beraya di Melaka! Macam tak percaya bila dah jejak kaki ke kampung halaman ayah. Kalau ditanya Nadia, hampir 8 tahun lamanya tidak beraya dengan keluarga di sebelah ayah. Lama kan? Bukan sengaja, kadang-kadang masa memang tak tepat untuk beraya dengan mereka. Dah ada peluang ni, apa salahnya! Mengeratkan silaturahim sesama saudara. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dan kebenaran dari Mr. Teddy, Nadia beraya di sana. Dapat juga bertemu dengan saudara mara, baik yang kenal atau tidak, alhamdulillah semuanya dapat bersua. Bila difikirkan semula, rupanya terlalu lama masanya kami tidak pulang ke Melaka. Atuk-atuk, nenek-nenek, bapa saudara dan ibu saudara... semuanya sudah tua dan bercicit belaka. Adik-adik saudara pun sudah besar, ada juga yang sudah berkahwin dan ada anak. Hehehe.. pelik juga dipanggil Aunty Nadia. Tapi, itulah namanya kehidupan. Ada kitaran. Nadia bersyukur masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka. Alhamdulillah, raya yang amat bermakna walaupun tidak mewah dan meriah.
Dalam pada kita beraya dan bergelak ketawa sesama kita, Nadia terkenang juga kepada sebilangan dari kita yang kehilangan kaum keluarga yang tersayang dalam tiga insiden menyayat hati sepanjang tahun ini. Waris MH370 yang masih belum ditemui, waris MH 17 yang meletup di ruang udara sempadan Ukraine-Rusia dan umat Islam Palestine di Gaza. Nadia turut bersimpati tetapi pada masa yang sama geram juga memikirkan masih ada lagi orang yang berfikiran seperti barbarian di dunia yang serba moden ni! Dahaga kuasa dan darjat. Apalah yang mereka peroleh dari meletupkan dan membunuh jutaan manusia yang tak bersalah. Kalau difikirkan semula, apalah yang mereka tahu tentang peluru, senapang, M16, bazooka dan peperangan? Apa yang mangsa tahu tentang semua tu? Apa yang ada pada apa yang selama ini mereka kejarkan selama ini? Pengiktirafan sebuah negara? Kalau nak pengiktirafan sebuah bangsa, dunia hanya mahu mengiktiraf bangsa yang memberi sumbangan yang baik kepada dunia, bukan menghapuskan manusia macamlah mereka tu Alien dari planet lain. Entahlah! Apa nak jadi dengan mereka semua ni?
Isu Palestine, Gaza dan Israel ni bukan perkara baru. Ianya sudah lama berlaku. Bila semua ini akan berakhir. Nadia sebenarnya tak sanggup lagi tengok berita sekarang. Bukan apa, hati rasa sedih bila tengok manusia berbunuhan sesama sendiri, menunding jari sesama sendiri menuduh orang ini atau orang itu yang bersalah. Sama juga dengan isu MH 17 tu. Pihak ini dan pihak itu menyalahkan sesama sendiri, ada pula pihak lain yang memanaskan punggung pihak yang bergaduh itu. Ada yang bertepuk tangan dan ada yang mengambil kesempatan. Kemanusiaan macam dah luput dalam hati setiap insan yang dilahirkan penuh putih bersih. Namun, inilah yang dinamakan manusia, sering membuat kesalahan, tidak sempurna dan sering mengulangi kesalahan dan tidak mahu mengakuinya.
Kepada waris MH 370 dan MH17, bersabarlah! Allah sentiasa bersama kita dan lambat laun semuanya akan selesai. Nadia respek sesetengah dari waris mangsa yang tabah dan sabar dengan dugaan ini. Biar dunia berkata apa sahaja, kita perlu menguatkan hati kita dan jangan putus-putus berdoa! Itu yang penting. And to all my brothers dan sisters in Gaza, you guys are the bravest human ever been! You stand for what you have. Allah S.W.T will always be with you. You are the true genuine fighter in the world. Allah will bless you...