Assalammualaikum! Sekarang ni musim hujan. Kesian pula Nadia tengok mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Semalam tengok berita, ramalan cuaca menjangkakan mungkin hujan ni akan berpindah ke kawasan utara. That means my luvly hometown, Perlis akan terkena tempias banjir itu untuk kali yang ketiga sejak tahun 2005! Get ready tongkang dan bot!
Hujan dan banjir mengingatikan Nadia banyak kenangan. Antaranya banjir terbesar di Perlis pada tahun 2005. Pertama kali dalam sejarah lebih berpuluh tahun tak pernah banjir dekat Perlis. Entah macamana boleh pula tenggelam kali tu. Shocking! Siap masuk arkib UiTM taw! Kena pula masa banjir tu first time kami datang untuk mendaftar. Maka, ramailah student yang sedih belaka kerana dahlah hujan, banjir, berpisah pula dengan family. Dahlah makanan hampir habis, keadaan banjir, topup pun xde. But, it's happy ending sebab kami dapat balik rumah juga bila pihak UiTM tak boleh nak buat apa-apa. Kena balik sebab bekalan semua dah nak habis dan kelas ditangguhkan!
 |
bila dah banjir, semua barang musnah! |
Hujan juga boleh dijadikan sebagai suasana yang gembira. Contohnya main kejor-kejor dalam hujan masa kecik-kecik dulu. Bestnye!! Cuba main sekarang? Nah, MC dua hari. Hidung asyik bersin aje. Hahaha! Masa dulu-dulu, air hujan still elok even untuk diminum. Tapi, dengan keadaan sekitar yang banyak pencemaran sekarang, nak basuh kereta pakai air hujan pun ragu-ragu. Tapi, hujan tetap dinantikan oleh semua makhluk Allah S.W.T terutama kalau hari panas sangat. Tak kisahlah demam kura-kura pun, janji hujan turun.
 |
bukan tak boleh macam ni.. tapi jagalah keselamatan masing-masing |
Masa bercinta dulu, hujan adalah elemen yang agak penting juga. Masa hujan jugaklah kita ni nak berjiwang sakan. Tengok hujan menitis dan mengalir dekat tingkap, kita rasa rindu pada yang tersayang. Kalau tengah frust pula, rasa macam nak menjerit dan menangis di tengah hujan ( eh, cerita ni... macam biasa buat ajo...?) Hujan memang satu metafora yang sinonim dengan dunia percintaan.. ( betul ke metafora? kalau salah betulkan taw) Pendek kata, hujanlah satu keadaan yang paling sesuai untuk bercinta. Eh?
 |
hujan sinonim dengan cinta |
Hah, hujan turun lagi dekat rumah Nadia. Lebat jugalah! Kesianlah Mr. Teddy yang nak balik nanti. Mesti dia basah kena hujan. Oh, sempena musim hujan ni.. Nadia nak nasihatkan, jaga kesihatan. Jangan main hujan sangat. Kalau demam lama-lama, cepat-cepat pergi klinik. Mana kawasan yang banjir tu, sila jaga keselamatan diri. Budak-budak, jangan main air banjir! Air ni nampak aje cool.. tapi bila dah menggila, rumah pun boleh hancur!
 |
apa pun tak boleh bila dah macam ni.. Masyaallah!! |